SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, November 25, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 113 : SALAM AIDIL ADHA

Selang beberapa hari saja lagi, umat Islam keseluruhannya akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 Hijrah.
Warga blog PSS SK Nuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang penuh hikmah yang tersirat di sebalik sambutan hari raya ini.
Moga kita mendapat ikhtibar dan hayatilah ia di sebalik sambutan ini.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 112 : CUTI SEKOLAH DAH MULA

Hooray! Cuti sekolah telah bermula! Inilah masanya untuk bercuti bersama keluarga. Semoga guru-guru dan murid-murid boleh melepaskan sedikit tekanan dengan melancong ke tempat peranginan di Malaysia ataupun luar negara.
Walaubagaimanapun, mesti juga peruntukan masa untuk belajar atau menambah ilmu semasa cuti sekolah bagi mereka yang ingin menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Happy holiday kepada semua guru dan murid.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 111: PERTANDINGAN BLOG PSS

Tarikh : 25 NOVEMBER 2009
Tempat : BTPN Negeri Sembilan


Penyertaan TEKNOPEN 2009 Peringkat PKG Johol

i. Pertandingan Blog Pusat Sumber Sekolah

a. Sekolah Rendah

i- SJKC Pei Chun Dangi
ii- SK Nuri
iii-SJKC Yoke Hua Air Mawang

*Keputusan SJKC Pei Chun akan mewakili PKG Johol.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada ketiga-tiga blog yang tersenarai.

Sumber : Blog PKG JOHOL


Selasa, November 24, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 110 : PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2010

Pihak pengurusan PSS 2009 ingin merakamkan TAHNIAH kepada seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru dilantik sebagai Pengawas PSS bagi tahun 2010 berbanding 23 orang bagi tahun 2009. Mereka ini terdiri daripada Pengawas PSS yang sedang berkhidmat dan juga Pengawas PSS yang baru tamat tempoh percubaan.
Surat perlantikan telahpun diberikan kepada mereka dan insyallah satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan mereka akan iadakan pada awal 2010 kelak.
Pada tahun ini, pengurusan PSS telah merombak beberapa syarat perlantikan Pengawas PSS termasuklah calon-calon Pengawas PSS dari kelas kedua iaitu Kelas Pintar.
Ini kerana hasil daripada post mortem yang dibuat oleh pihak pengurusan PSS mendapati timbul masalah kendalian perpustakaan apabila Kelas-kelas Pintar ini masuk ke perpustakaan tanpa adanya Pengawas PSS di kalangan mereka sendiri.
Dengan perlantikan Pengawas PSS dari Kelas Pintar ini, diharapkan pengendalian perpustakaan akan sentiasa efesien lagi di masa akan datang.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 109 : TOKOH NILAM 2009


Sempena Hari Kualiti SK Nuri 2009, buat julung kalinya telah diperkenalkan Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah. Anugerah ini merupakan salah satu usaha Pengurusan NILAM PSS SK Nuri bagi menggalakkan lebih ramai pelajar akan melibatkan diri dalam pelbagai Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Pengurusan PSS khasnya Unit NILAM.
Pada tahun ini, Tokoh NILAM 2009 telah disandang oleh adik Nurul Jannah Bt Hamzah dari Kelas 5 Bestari. Pengurusan PSS mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH. Semoga kejayaan adik Nurul Jannah ini akan menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan pelajar SK Nuri.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 108 : TOKOH PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG 2009


Buat julung kalinya anugerah Pengawas Pusat Sumber Sekolah Cemerlang peringkat sekolah telah diperkenalkan melalui Hari Kualiti SK Nuri 2009. Ini merupakan salah satu inisiatif GPM bagi mempromosikan PSS dan memberi pengiktirafan kepada Pengawas PSS yang telah berkhidmat dengan cemerlang di persada Sekolah Kebangsaan Nuri.
Semoga dengan wujudnya anugerah ini akan memberi motivasi kepada Pengawas PSS yang lain agar akan berkhidmat dengan lebih cemerlang dan komited pada tanggungjawab yang dipikul.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 107 : JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PSS 2009

Pihak pengurusan PSS mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja Perpustakaan ,PSS SK Nuri di atas kejayaan mengadakan Jamuan Pengawas PSS buat julung kalinya.
Jamuan ini juga merupakan jamuan perpisahan buat pengawas-pengawas PSS yang berada di Tahun Enam.
Justeru itu, warga kerja PSS ingin merakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas budi dan kerjasama yang telah pengawas-pengawas PSS Tahun Enam ini sumbangkan kepada PSS SK Nuri selama mereka memikul tanggungjawab sebagai Pengawas PSS dengan cemerlangnya.
Pihak Pengurusan PSS juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Hj Mohd Kadzri Ibrahim selaku Guru Besar, Barisan GPK iaitu Pn Hjh Hamijah dan En Kamal Abd Rahman serta guru AJK Perpustakaan yang sudi meluangkan masa ke majlis ini.


Kek American Chocolate untuk meraikan hari lahir ke semua Pengawas PSS.
Tn Hj Mohd Kadzri Hj Ibrahim menyampaikan ucapan yang mengandungi amanat dan ucapan penghargaan terima kasih daripada pihak sekolah kepada Pengawas-pengawas PSS.
Barisan guru-guru JK Perpustakaan dan GPK yang sempat meluangkan masa.
Juadah yang pelbagai bagi memenuhi permintaan selera Pengawas-pengawas PSS. Tidak kisah...janji kerja tip-top.
Pengawas -pengawas PSS Percubaan yang berjaya tempoh percubaan turut dijemput hadir ke majlis ini.
Rasa riang jelas terpancar di riak wajah Pengawas-pengawas PSS ini . Terima kasih semua kerana telah banyak membantu pengurusan PSS khasnya dalam pengautomasian buku-buku perpustakaan.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 106 : MAJLIS KHATAM AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM


Pasukan Khatam Al Quran SK Nuri yang dijemput ke Majlis Khatam Al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan di ITQAN, Gemencheh.
Pasukan sekolah yang diiringi oleh Uztaz Mohd Rosdi Sulaiman ini terdiri daripada adik Nur Aiman Syafiqah, Mohd Ikhmal Fahmi dan Nor Hafizah masing-masing dari Kelas 4 Bestari.
Warga blog PSS mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH.

Jumaat, November 20, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 105 : ANUGERAH KHAS :TOKOH NILAM ,TOKOH PENGAWAS PSS CEMERLANG DAN BILIK KHAS SEMPENA HARI KUALITI

Hari Kualiti SK Nuri 2009. Buat julung kalinya Anugerah Khas bagi Pengawas PSS Cemerlang dan Anugerah Khas Tokoh NILAM yang berkaitan dengan PSS telah diperkenalkan atas cadangan GPM, SK Nuri.
Tahniah juga kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai pelbagai Anugerah Khas dan kejayaan.(sila ke blog sekolah jika ingin melihat galeri Hari Kualiti 2009)
Kepada yang tidak berjaya...usah putus asa...tingkatkan usaha lagi.


PENGAWAS PSS CEMERLANG
Puteri Zahidah bt Mohd Zamri


Tokoh NILAM 2009
Nurul Jannah Bt Hamzah


Anugerah bilik khas
Perpustakaan
(Calon Anugerah PSS Peringkat Negeri)

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 104 : TUGAS PENYELARAS UNIT ICT

PENYELARAS ICT SK NURI : EN WAN MOHD FIRDAUS B ABD RAHIM


Pengerusi ICT

  1. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah.
  2. Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN/KPM.
  3. Mempengerusikan segala mesyuarat jawatankuasa ICT sekolah.
  4. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
  5. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
6. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan Penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan
berkaitan program ICT berjalan dengan lancar


Timbalan Pengerusi ICT

Membantu Pengerusi ICT dalam menjalankan tugas.



Penyelaras IT/ICT

1. Pengurus IT

  • Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.
  • Menyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
  • Mengurus dan menyenggara kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan
  • Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
  • Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
  • Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan.
  • Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
  • Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.
  • Mengenal-pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut .
  • Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).


2. Pakar Rujuk IT

  • Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem aplikasi SSMS dan TLM.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
  • Memberi latihan secara inhouse kepada masyarakat sekolah.
  • Meningkatkan budaya IT di sekolah.

3. Keselamatan

  • Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
  • Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
  • Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik .
  • Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenalpasti.
  • Memastikan komputer bebas dari virus.
  • Membuat backup dan replikasi.


4. Webmaster

  • Membina laman web sekolah.
  • Memastikan kandungannya betul dan terkini.


5. Laporan

  • Menyediakan laporan aktiviti Sekolah Bestari.
  • Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang berkaitan.

6. Tugas-Tugas Lain

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan Sekolah dari masa ke semasa.


Penyelaras Makmal

1. Merancang reka bentuk makmal di bawah kelolaannya.

2. Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal.

3. Menyediakan jadual penggunaan makmal harian.

4. Merangka peraturan penggunaan makmal.

5. Menyediakan inventori peralatan makmal

6. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan

7. Menyemak buku stok dan inventori peralatan

8. Membuat perancangan pengurusan makmal

9. Menyediakan laporan tahunan pengurusan makmal

Setiausaha

1. Menaip dan mengedarkan jemputan mesyuarat ICT sekolah.

2. Mencatat minit mesyuarat ICT sekolah.

3. Menaip dan mengedarkan minit mesyuarat ICT sekolah.

4. Menguruskan fail mesyuarat ICT sekolah.


Bendahari
    1. Membantu Penyelaras ICT menguruskan kewangan ICT sekolah.
    2. Menyimpan rekod kewangan ICT sekolah dengan kemas dan selamat.
    3. Membuat laporan kewangan ICT setiap kali mesyuarat awal tahun atau jika diperlukan oleh pihak pentadbir sekolah.

Juru Audit

    1. Menyemak dan memastikan laporan kewangan jawatankuasa ICT sekolah mempunyai kebolehpercayaan yang sewajarnya.
    2. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagai juru audit jawatankuasa ICT sekolah.
    3. Mempunyai hak kebebasan & budi-bicara profesional dalam membuat keputusan penyemakan laporan kewangan ICT sekolah.

Pengurus Makmal

1. Mengurus makmal

2. Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal

3. Mengurus stok dan inventori makmal di bawah tanggungjawabnya

4. Membantu Penyelaras Makmal dalam merancang reka bentuk makmal

5. Membantu Penyelaras Makmal dalam membuat jadual penggunaan makmal harian.

6. Membantu Penyelaras Makmal dalam merangka peraturan makmal

7. Melapur dengan segera jika terdapat kerosakan alat-alat IT dan non IT kepada Pengetua/Penyelaras IT sekolah



Guru Data & Maklumat (EMIS)

1. Melengkapkan data & maklumat staf seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/ Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Memberikan maklumat yang diperlukan oleh Penyelaras IT dalam melengkapkan Pangkalan Data Sekolah/ ICT sekolah.

3. Membuat laporan Pelaksanaan Aktiviti-aktiviti ICT sekolah jika diperlukan oleh Unit Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri


Ketua Bidang & Ketua Panitia

1. Mengerakkan pemikiran guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.

2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.

3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

5. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.

6. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power-point.

7. Memberi cadangan / pandangan kepada JK ICT untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P & P.


Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 103 : TUGAS PENYELARAS BULETIN PSS

PENYELARAS BULETIN PSS SK NURI : PN RUZIANA ALWI

Melantik AJK pelajar untuk membantu menyediakan grafik

.•Mencatatkan aktiviti yang berjalan sepanjang bulan dan menentukan guru penyedia artikel serta menghubungi mereka.

•Mendapatkan gambar-gambar aktiviti sepanjang bulan tersebut daripada Pn. Nor Hayati

Menyediakan artikel bagi aktiviti yang tiada pengarangnya.

•Menghantarkan buletin kepada Ketua dan Penolong Pengarang untuk membuat semakan.

•Mengeluarkan Buletin PSS sebelum atau pada 10 hb setiap dwibulan berikutnya.

•Mencetak buletin berwarna untuk :

1 : untuk papan kenyataan di bangunan pentadbiran

2 : untuk fail PSS-

1 : untuk fail buletin di pejabat-

1 : untuk papan kenyataan makmal komputer

•Fotostat buletin hitam putih – 12 salinan untuk setiap

•Menyediakan sijil kepada AJK pelajar jika ada

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 102 : TUGAS PENYELARAS RADIO SEKOLAH

RADIO SEKOLAH SK NURI : PN NORIZAN ABD GHANI

•Memastikan bilik radio sekolah dalam keadaan yang baik , ceria dan berfungsi

.•Mengendalikan radio sewaktu rehat.

Menyediakan jadual rancangan radio

Melantik DJ, juruteknik dan penerbit yang berkelayakan di kalangan pelajar Tahun 4 , 5 dan 6.

Memastikan rancangan radio sekolah berjalan lancar.

•Memilih dan membeli CD lagu yang sesuai untuk diperdengarkan kepada warga sekolah

•Menyediakan borang pengumuman untuk digunakan oleh semua guru dan memastikan pengumuman hanya dibuat pada waktu rehat atau waktu akhir persekolahan sahaja.

•Membantu jawatankuasa lain dalam pengurusan PSS

.•Menjalankan mesyuarat jawatan kuasa kerja radio dan menyediakan minit mesyuarat.

•Menyediakan sijil kepada AJK Tahun 6

.•Mendokumentasikan semua maklumat.

Memastikan rancangan radio sekolah adalah merentasi kurikulum – dapatkan bahan-bahan siaran daripada semua Ketua-

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 101 : TUGAS AJK KERJA PSS

PENYELARAS BILIK SALC SK NURI : PN NUR MAZNI ZAKARIA

•Memilih dan membeli bahan-bahan bercetak.

•Menggalakkan pinjaman bahan-bahan bercetak di bilik SALC

•Mengemaskini fail dan stok

•Merancang aktiviti tahunan bilik SALC

•Menyediakan jadual pinjaman dan penggunaan.

•Melantik AJK di kalangan pelajar untuk menguruskan bilik SALC

•Membuat jadual dan memastikan pengawas bilik SALC menjalankan semua tugas yang ditetapkan.

•Mencantik dan menceriakan Bilik SALC

•Mengklasifikasikan & mengemaskini bahan-bahan bercetak

•Merancang Program Galakan Membaca

•Program galakan penggunaan bilik SALC bagi tujuan P&P

•Melengkapkan Papan Kenyataan dengan maklumat terkini

•Menjalankan mesyuarat jawatan kuasa kerja bilik SALC bersama AJK pelajar

•Menyediakan minit mesyuarat

•Memastikan iventori yang dipaparkan dibilik SALC meliputi semua peralatan yang ada

•Mengalakkan pelajar membuat penghasilan sendiri seperti kad ucapan dan buku skrap.

•Membantu jawatan kuasa perpustakaan jika perlu

•Menyediakan sijil kepada AJK Tahun 6

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 100 : TUGAS PENYELARAS PSS

  • Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu

•Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah

•Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah

•Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

•Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P

•Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu

.•Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubungan dengan PSS

.•Merancang dan mengurus program promosi PSS

•Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber

•Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS

•Menyelia dan mengurus bahan – bahan PSS

•Menyedia dan mengedar minit mensyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah

•Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS

•Melaksanaan tugas semakan stok dan iventori peralatan PSS

•Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/ Pusat Sumber Sekolah Negeri

•Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS

•Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS

•Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

•Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 99: TUGAS AJK KERJA PSS

- Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
- Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
- Menyediakan Laporan Tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 98 : TUGAS AJK INDUK PSS

- Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
- Menentukan sumber kewangan PSS. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
- Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
- Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
- Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
- Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.
- Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 97 : TUGAS PENYELARAS UNIT PERPUSTAKAAN

PENYELARAS UNIT PERPUSTAKAAN SK NURI : PN NOR HAYATI ABDUL WAHAB
- Mengurus buku stok, proses teknik, mengkelas dan mengkatalog buku-buku baru.
- Mempamer buku-buku baru atau membuat ulasan di hari perhimpunan.
- Membuat pemilihan buku-buku, majalah dan bahan bukan buku yang sesuai untuk perpustakaan.
- Membuat pesanan dan membeli bahan-bahan perpustakaan.
- Membuat promosi buku melalui poster, ceramah, senarai bacaan, berita perpustakaan dan lain-lain.
- Melawat dan memberi penerangan ke bilik darjah.
- Membuat perancangan dan laporan tahunan perpustakaan.
- Menyediakan panduan dan peraturan menggunakan Perpustakaan.
- Menentukan tugas-tugas kakitangan perpustakaan
- Memberi latihan kemahiran perpustakaan kepada pelajar dan murid pembantu.
- Menguruskan surat-menyurat dan kerja-kerja yg berkaitan.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Membuat pilih buang dan baik

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 96 : TUGAS PENYELARAS BILIK AUDIO VISUAL

PENYELARAS UNIT AUDIO VISUAL PSS SKN : PN DAHLIA RIDUAN
- Membuat perancangan dan laporan tahunan TVP.
- Menyediakan jadual penggunaan TVP untuk P&P.
- Menyediakan panduan, peraturan penggunaan TVP dan rekod penggunaan.
- Mempamerkan jadual siaran TVP yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Membina koleksi pita-pita video rancangan TVP atau dari sumber-sumber lain untuk - kegunaan guru-guru dan pelajar.
- Menentukan alat terima TV dan VCR sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Melaporkan kepada penyelaras PSS sebarang kerosakan alat supaya dibaikpulih dengan segera.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Mengurus buku stok, proses teknik, mengelas, mengkatalog.

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 95 : TUGAS PENYELARAS BILIK BBM

PENYELARAS UNIT BBM SK NURI : EN MOHD FADIL BAHAROM
- Memastikan alat BBM/APD/ K yang berkuasa elektrik dan
bahan softwore / hardware sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang
kerosakan atau kehilangan.
- Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat
tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/ APD/
- K. Menguruskan penggunaan BBM/APD/ K secara berterusan.
- Memastikan keselamatan BBM/APD/ K.
- Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat alat BBM/APD/ Ketua Panitia
- Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/ K dalam pengajarandan direkodkan dengan kemas.
- Memastikan bilik BBM/APD/ K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
- Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 94 : TUGAS AJK NILAM

PENYELARAS PROGRAM NILAM SK NURI : PN NOR HAYATI ABDUL WAHAB
- Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat
yang berkaitan.
- Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan dan aktiviti
-aktivit program NILAM.
- Membuat analisis program NILAM berdasarkan data terkumpul.
- Mewujudkan Fail Program NILAM.
- Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat berkaitan dengan program NILAM.
- Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan melalui borang NILAM kepada PSPN dan satu salinan kepada pengerusi.
- Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta mengambil tindakan susulan.
- Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM peringkat sekolah

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 93 : TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER : ABDUL MUJIB B. ABD HAMID (6 BESTARI)

- Membantu dalam pengedaran bahan buku(peminjaman dan pemulangan)
- Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
- Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
- Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas mengemas
- Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik
dan sebagainya
- Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
- Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
- Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
- Membantu mempromosikan PSS
- Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
- Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
- Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 92: TUGAS PENYELARAS PUSAT AKSES SEKOLAH

PENYELARAS PUSAT AKSES SK NURI : PN AZLINA MOHD YUNOS
- Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan.
- Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan.
- Memastikan switch hub dan router SchoolNet sentiasa dalam keadaan baik agar capaian Internet tidak terganggu.
- Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
- Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
- Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 91: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA BAHASA INGGERIS

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA BAHASA INGGERIS

ISU STRATEGIK : PENINGKATAN PENCAPAIAN BAHASA INGGERIS

PEMBINAAN PELAN STRATEGIK

BIDANG/UNIT: PANITIA ENGLISH

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN NURI UNGGUL PADA TAHUN 2011

MISI

MISI 1: MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DIKALANGAN MURID.

MISI 2:MENINGKATKAN MINAT MURID TERHADAP BAHASA INGGERIS

MISI 3:MENINGKATKAN PERATUSAN MURID YANG LULUS KEPADA 100%.

MISI 4: MEMBERI PELUANG KEPADA MURID UNTUK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PERANTARA DI DALAM AKTIVITI YANG DI JALANKAN UNTU MEREKA.

ISU STRATEGIK

1.Pencapaian murid yang lulus Bahasa Inggeris di dalam peperiksaan di tahap sederhana.

MATLAMAT STRATEGIK

1.Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris ke tahap cemerlang.

INDIKATOR PRESTASI ATAU Faktor Kritikal Kejayaan CSF)

1.% pencapaian 5A UPSR dan % lulus minimum C meningkat.

2.% lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun meningkat.

3.Boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sesama rakan dan juga guru.

OBJEKTIF

1.Meningkatkan pencapaian A UPSR Bahasa Inggeris kepada 20% dan lulus minimum C 100%.

2.Meningkatkan pencapaian % A dan % lulus minimum C dalam peperiksaan serta ujian bulanan untuk tahun 1,2,3,4,5 dan 6.

3.Murid boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan Bahasa Inggeris asas.

STRATEGI

Menganjurkan latihan LDP untuk guru Bahasa Inggeris.

Menganjurkan program ”Good Morning Grammar” untuk murid tahun 6.

Menganjurkan program ”Let’s Read English” untuk murid tahun 1.

Mewujudkan ”English Corner” di kantin sekolah.

Menganjurkan program “English Workshop (bengkel menjawab kertas soalan) untuk murid tahun 4,5 dan 6.

Menjalankan aktiviti ”Learn 5 Words A Week”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails