SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 92: TUGAS PENYELARAS PUSAT AKSES SEKOLAH

PENYELARAS PUSAT AKSES SK NURI : PN AZLINA MOHD YUNOS
- Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
- Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan.
- Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan.
- Memastikan switch hub dan router SchoolNet sentiasa dalam keadaan baik agar capaian Internet tidak terganggu.
- Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
- Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
- Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
- Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails