SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Oktober 16, 2012

PERTANDINGAN PROJECT BASED LEARNING (PBL) 2012



Alhamdullilah akhirnya SK Nuri jadi bidan terjun untuk pertandingan ini bagi tahun 2012 ini. Bagi tidak menghampakan En Mohd Ghazali ...akhirnya admin dan Pn Norlinda ( Ketua Panitia Sains) bersetuju menghantar pasukan PBL SK Nuri dengan sokongan padu dan mantap daripada Pn Kamariah Bt Harun yang merupakan Guru Besar SK Nuri yg juga merupakan guru Sains.

Apa tajuk yang hendak dibuat kali ini ya?

Rasa - rasa macam hendak highlightkan tajuk tentang gajah jugak lagi pada tahun ini... :)

Apa pendapat kamu semua? ok tidak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails