SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Selasa, Februari 16, 2010
MAJLIS PENYERAHAN BAKUL PINJAMAN PUKAL
Jumaat, Disember 11, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 114 : SEKALUNG PENGHARGAAN
Oleh itu, selaku GPM PSS SK Nuri, saya ingin merakamkan jutaan setinggi-tinggi penghargaan kepada beberapa guru dan murid dari Jawatankuasa Perpustakaan yang telah sudi meluangkan masa cuti mereka ke perpustakaan. Guru -guru tersebut ialah Pn Ruziana dan Pn Hasrinah bersama pengawas-pengawas PSS iaitu adik Mohd Syakir dan adik Mohd Imran yang telah sanggup bersama guru-guru ini menyambung aktiviti automasi buku-buku di perpustakaan.
Semoga kudrat dan keikhlasan hati kalian dibalas oleh Allah dengan kebaikanNya.
Khamis, November 19, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 97 : TUGAS PENYELARAS UNIT PERPUSTAKAAN
- Mengurus buku stok, proses teknik, mengkelas dan mengkatalog buku-buku baru.
- Mempamer buku-buku baru atau membuat ulasan di hari perhimpunan.
- Membuat pemilihan buku-buku, majalah dan bahan bukan buku yang sesuai untuk perpustakaan.
- Membuat pesanan dan membeli bahan-bahan perpustakaan.
- Membuat promosi buku melalui poster, ceramah, senarai bacaan, berita perpustakaan dan lain-lain.
- Melawat dan memberi penerangan ke bilik darjah.
- Membuat perancangan dan laporan tahunan perpustakaan.
- Menyediakan panduan dan peraturan menggunakan Perpustakaan.
- Menentukan tugas-tugas kakitangan perpustakaan
- Memberi latihan kemahiran perpustakaan kepada pelajar dan murid pembantu.
- Menguruskan surat-menyurat dan kerja-kerja yg berkaitan.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Membuat pilih buang dan baik
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 93 : TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Membantu dalam pengedaran bahan buku(peminjaman dan pemulangan)
- Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
- Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
- Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas mengemas
- Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik
dan sebagainya
- Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
- Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
- Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
- Membantu mempromosikan PSS
- Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
- Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
- Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS
Selasa, November 17, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 81 : PERPUSTAKAAN : TERIMA KASIH DAUN KELADI..LAIN KALI BANTULAH LAGI
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 80 : SENARAI PENGAWAS PSS 2009
2 Nur Nadila Bt Anuar 3Bestari
3 Nur Syafiqah Farhana Bt Halim 3Bestari
4 Danish Naqiuddin Iqbal B Nor Azmi 3Bestari
5 Noramin B Mohamad 3Bestari
6 Mohd Nabil B Badarudin 4Bestari
7 Nurul Ain Habshah Bt Khalid 4Bestari
8 Nurul Arifah Bt Shaharudin 4Bestari
9 Nur Hani Syamimi Bt Mazlan 4Bestari
10 Nur Athirah Bt Othman 4Bestari
11 Mohd Rosdi B Othman 4Bestari
12 Muhd Azhar B Yahya 4Bestari
13 Nur Natasha Adila Bt Zainal 5Bestari
14 Ainul Tasnim Bt Kamil Suhairi 5Bestari
15 Atiqah Bt Zaharudin 5Bestari
16 Muhd Syakir B Mohd Bakri 5Bestari
17 Muhd Haikal B Halim 5Bestari
18 Muhd Zahiruddin Shah Moham Sharum 5Bestari
19 Nur Fatih Atira Bt Abd Ghaffar 6Bestari
20 Nur Shahira Syafikah Bt Abdullah 6Bestari
21 Lydiawati Bt Mujab 6Bestari
22 Puteri Zahidah Bt Mohd Zamri 6Bestari
23 Abdul Mujib B Abd Hamid 6Bestari
24 Muhd Hairiel Izwan B Suhaimey 6Bestari
25 Muhd Zainul Syamim B Md Salleh 6Bestari
26 Muhd Faris B Mohd Amin 6Bestari
ANALISA
a.Bil. Pengawas PSS mengikut jantina :
Pengawas PSS Lelaki 12 orang
Pengawas PSS Perempuan 14 orang
b.Bil. Pengawas PSS mengikut tahun :
Tahun 3 -->5 orang
Tahun 4 -->7 orang
Tahun 5 -->6 orang
Tahun 6 -->8 orang
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 79 : PROSES TEKNIK BAHAN PUSAT SUMBER
Mak ai...Nak buat macamana ni..... bersepah betul hah !
PROSES TEKNIK BAHAN PUSAT SUMBER
1. PENGENALAN
Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diesdarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat.
Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, Guru Perpustakaan dan Media perlu memahami keperluan dan masalah tentang:
a.tempat letak bahan
b.pengedaran
c.penggunaan
d.penyelenggaraan bahan
Guru Perpustakaan dan Media perlu sentiasa dapat mengatasi masalah dan mengubahsuai keadaan serta mengemaskini perkhidmatan supaya satu sistem yang sempurna dapat dicapai.
Oleh sebab cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah berbeza-beza antara satu sama lain, jadual kerjanya perlu diasingkan mengikut jenis bahan yang diproses.
2.BAHAN BUKU
Buku-buku Pusat Sumber secara umumnya dibahagikan kepada 3 kumpulan:
a.Buku Rujukan
b.Buku bertanda merah ( Red Spot )
c. Buku Pinjaman
Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-buku tersebut mengikut cara penggunaannya.
2.1 Bahan Rujukan
2.1.1 Ditempatkan di rak Bahagian Rujukan
2.1.2 Tidak boleh dipinjam. Oleh itu, tiada kad buku dan tiada slip terikh pulang
2.1.3 Ditandakan dengan huruf R pada label tulang buku
2.2 Buku Bertanda Merah (Red Spot)
2.2.1 Ditempatkan di rak Bertanda Merah ( Red Spot )
2.2.2 Boleh dipinkam dalam tempoh masa yang singkat
2.2.3 Tiada kad buku dan tiada slip terikh pulang
2.2.4 Ditandakan dengan label bertanda merah pada tulang buku.
2.3 Buku Bacaan Umum
2.3.1 Ditempatkan di rak buku terbuka
2.3.2 Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan
2.3.3 Dilengkapkan dengan kad buku dan slip terikh pulang.
CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU -GLOB
Pengenalan :
Koleksi bahan-bahan Pusat Sumber lazimnya mengandungi bahan-bahan buku dan bahan bukan buku. Glob adalah merupakan salah satu bahan bukan buku yang penting dan berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Definasi
Kartografi merupakan satu jenis bahan yamg menunjukkan bumi dan cakerawala sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya mengikut skala. Glob adalah salah satu bahan kartografi. Glob adalah satu model cakerawala berbentuk sfera yang lazimnya bumi. Kita boleh mengetahui kedudukan sesuatu tempat di muka bumi ini dengan melihat kepada glob.
Penggunaan :
Glob digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Sains. Guru dan murid-murid boleh menggunakan glob ini untuk mencari sesuatu tempat di muka bumi ini
1. Apabila bahan diterima, periksa keadaan bahan serta invois sama dad ia selaras dengan pesanan atau tidak.
2. Catatkan tarikh penerimaan dan hantarkan bil ke pejabat untuk tujuan bayaran.
3. Sediakan slip kerja.
4. Copkan tanda hak milik dan tarikh terima pada ‘eradle’ atau alas glob
5. Berikan nombor perolehan dan nombor panggilan serta rekodkan segala butir-butir yang berkenaan dengan rekod ke dalam Buku Rekod Perolehan.
6. Sediakan entri katalog untuk glob. Maklumat yang tercatat pada glob adalah terhad. Maklumat tambahan perlu diperolehi dari katalog penebit. Jika nama pereka glob (cartographer) tercatat pada glob, maka entri utama disediakan di bawah tajuk namanya. Sekiranya kartografer itu tiada, maka entri utama akan disediakan di bawah tajuk jadul.
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 78 : PERPUSTAKAAN : AUTOMASI ! AUTOMASI!
Aduhai...banyaknya kerja nak mulakan semula....tetapi demi jangka masa panjang kami terpaksa berkorban walaupun akan mengambil masa yang agak panjang untuk mengautomasikan semula buku-buku sebanyak lebih kurang 10000 yang tercatat di dalam buku perolehan.
APA YANG PENTING ? KERJASAMA.... APA YANG PENTING ? KERJASAMA....:)
Terima kasih kepada AJK yang sama-sama membantu, walaupun sekarang baru hanya 700 buah sahaja yang baru dapat diupdatekan. yang penting ada progress dari masa ke semasa.
Khamis, November 12, 2009
Tersirat di sebalik yang tersurat 65: BUKU-BUKU SUMBANGAN PIBG SK NURI
Buku-buku yang telah disumbangkan tersebut lebih berbentuk kepada buku-buku karya agung dan buku ilmiah yang lain.
Diharap PIBG SK Nuri akan terus dan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Pengurusan PSS yang pastinya akan memberi impak yang positif kepada anak didik SK Nuri.
Terima kasih daun keladi, ada rezeki sumbanglah lagi....
Buku Almanak Undang - undang Jenayah Sivil Keluarga Islam turut disumbangkan oleh PIBG .
Beberapa koleksi buku-buku karya agung yang disumbangkankan oleh PIBG.
Direktori Bandar Melaka .
Atlas Lembah Kelang kini turut terdapat di dalam perpustakaan SK Nuri
Ahad, November 08, 2009
Tersirat di sebalik yang tersurat 64: WARNA UNGU SEBAGAI WARNA KORPORAT PSS SK NURI
Pemilihan warna ini direalisasikan agar ianya seiring dengan warna korporat BTPN.
Buat permulaannya, warna ungu telah digunakan untuk semua dokumentasi seperti di dalam pengurusan Blog PSS dan pengurusan Sistem Fail PSS.
Kemudiannya, keceriaan fizikal PSS juga diterapkan impak warna ungu seperti pada papan kenyataan, papan pameran, rak-rak bahan bacaan dan warna langsir di dalam bilik bacaan induk perpustakaan.
Insyallah ..bermula 2010 warna pakaian seragam Pengawas PSS juga akan mengalami transformasi mengikut warna korporat PSS SK Nuri.
Keceriaan fizikal luaran PSS SK Nuri - mural yang bertemakan pemilihan warna ungu pada hiasan dan tulisannya.
Mural-mural yang merupakan bekas tangan Cikgu Yati dan Cikgu Rina.
Kain rentang PSS SK Nuri yang dibuat oleh Cikgu Yati, Cikgu Rina dan Uztazah Ana serta anak-anak GPM.
Pintu masuk ke bilik induk pengurusan PSS SK Nuri.
Pakaian seragam Pengawas PSS SK Nuri sekarang.
Cikgu Yati sedang membantu beberapa orang Pengawas PSS sedang mencuba pakaian seragam baru untuk tahun 2010 nanti.
Insyallah inilah rupa pakaian seragam Pengawas PSS SK Nuri pada tahun hadapan.Semoga transformasi yang dibuat sekarang dan pada masa akan datang akan memberi manfaat kepada kecemerlangan anak didik dan Sekolah Kebangsaan Nuri sendiri.
Khamis, Ogos 13, 2009
TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 10 : TERTUBUHNYA KELAB PSS SK NURI
Yang nyatanya,ahli-ahli pengawas PSS akan lebih memahami tuntutan tanggungjawab mereka sebagai pengawas PSS dan pastinya kerja-kerja sirkulasi dan automasi serta keceriaan PSS akan dapat ditingkatkan melalui penubuhan Kelab PSS ini.
Tanggal 10 Ogos 2009 dengan bantuan Guru Pembantu Perpustakaan iaitu Cikgu Ruziana maka tertubuhlah Kelab PSS dengan rasminya. Mesyuarat Agung kelab ini telahpun diadakan pada masa yang sama. Mesyuarat tersebut telah bersepakat melantik Mohd Haikal B Halim sebagai pengerusi kelab ini bagi tahun 2010 kelak.
Semoga penubuhan kelab ini memberi wajah baru kepada PSS SK Nuri dan akan menjadi satu lagi abiliti yang dimiliki oleh PSS SK Nuri untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.




