SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 17, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 78 : PERPUSTAKAAN : AUTOMASI ! AUTOMASI!

AJK Perpustakaan PSS SKN yang terdiri daripada Cikgu Nor Hayati , Cikgu Ana , Cikgu Huda dan Hjh Norizan telahpun bersepakat untuk mengubah semula sistem automasi yang telah dibuat sebelum ini , memandangkan berlakunya kesilapan teknik dalam sistem tersebut.

Aduhai...banyaknya kerja nak mulakan semula....tetapi demi jangka masa panjang kami terpaksa berkorban walaupun akan mengambil masa yang agak panjang untuk mengautomasikan semula buku-buku sebanyak lebih kurang 10000 yang tercatat di dalam buku perolehan.

APA YANG PENTING ? KERJASAMA.... APA YANG PENTING ? KERJASAMA....:)

Terima kasih kepada AJK yang sama-sama membantu, walaupun sekarang baru hanya 700 buah sahaja yang baru dapat diupdatekan. yang penting ada progress dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails