SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 17, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 79 : PROSES TEKNIK BAHAN PUSAT SUMBER

Mak ai...Nak buat macamana ni..... bersepah betul hah !




PROSES TEKNIK BAHAN PUSAT SUMBER

1. PENGENALAN
Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diesdarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat.

Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, Guru Perpustakaan dan Media perlu memahami keperluan dan masalah tentang:
a.tempat letak bahan
b.pengedaran
c.penggunaan
d.penyelenggaraan bahan

Guru Perpustakaan dan Media perlu sentiasa dapat mengatasi masalah dan mengubahsuai keadaan serta mengemaskini perkhidmatan supaya satu sistem yang sempurna dapat dicapai.

Oleh sebab cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah berbeza-beza antara satu sama lain, jadual kerjanya perlu diasingkan mengikut jenis bahan yang diproses.

2.BAHAN BUKU

Buku-buku Pusat Sumber secara umumnya dibahagikan kepada 3 kumpulan:
a.Buku Rujukan
b.Buku bertanda merah ( Red Spot )
c. Buku Pinjaman

Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-buku tersebut mengikut cara penggunaannya.

2.1 Bahan Rujukan
2.1.1 Ditempatkan di rak Bahagian Rujukan
2.1.2 Tidak boleh dipinjam.
Oleh itu, tiada kad buku dan tiada slip terikh pulang
2.1.3 Ditandakan dengan huruf R pada label tulang buku

2.2 Buku Bertanda Merah (Red Spot)
2.2.1 Ditempatkan di rak Bertanda Merah ( Red Spot )
2.2.2 Boleh dipinkam dalam tempoh masa yang singkat
2.2.3 Tiada kad buku dan tiada slip terikh pulang
2.2.4 Ditandakan dengan label bertanda merah pada tulang buku.

2.3 Buku Bacaan Umum
2.3.1 Ditempatkan di rak buku terbuka
2.3.2 Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan
2.3.3 Dilengkapkan dengan kad buku dan slip terikh pulang.


CARA MEMPROSES BAHAN BUKAN BUKU -GLOB

Pengenalan :

Koleksi bahan-bahan Pusat Sumber lazimnya mengandungi bahan-bahan buku dan bahan bukan buku. Glob adalah merupakan salah satu bahan bukan buku yang penting dan berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Definasi

Kartografi merupakan satu jenis bahan yamg menunjukkan bumi dan cakerawala sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya mengikut skala. Glob adalah salah satu bahan kartografi. Glob adalah satu model cakerawala berbentuk sfera yang lazimnya bumi. Kita boleh mengetahui kedudukan sesuatu tempat di muka bumi ini dengan melihat kepada glob.

Penggunaan :

Glob digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Sains. Guru dan murid-murid boleh menggunakan glob ini untuk mencari sesuatu tempat di muka bumi ini

CARA MEMPROSES GLOB

1. Apabila bahan diterima, periksa keadaan bahan serta invois sama dad ia selaras dengan pesanan atau tidak.
2. Catatkan tarikh penerimaan dan hantarkan bil ke pejabat untuk tujuan bayaran.
3. Sediakan slip kerja.
4. Copkan tanda hak milik dan tarikh terima pada ‘eradle’ atau alas glob
5. Berikan nombor perolehan dan nombor panggilan serta rekodkan segala butir-butir yang berkenaan dengan rekod ke dalam Buku Rekod Perolehan.
6. Sediakan entri katalog untuk glob. Maklumat yang tercatat pada glob adalah terhad. Maklumat tambahan perlu diperolehi dari katalog penebit. Jika nama pereka glob (cartographer) tercatat pada glob, maka entri utama disediakan di bawah tajuk namanya. Sekiranya kartografer itu tiada, maka entri utama akan disediakan di bawah tajuk jadul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails