SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, Februari 23, 2013

ALMANAK ASTRONOMI SEPANJANG TAHUN 2013



Alhamdullilah bertambah lagi Koleksi Almanak sekolah.

JANUARI
Tarikh/Waktu
Keterangan
3-4 Jan
Juraian Meteor Quadrantids (40/jam)

FEBRUARI
Tarikh/Waktu
Keterangan
15 Feb, Subuh
Asteroid 2012 DA14 akan melintas Bumi.  Di Malaysia, ia agak rendah di ufuk Selatan.
18 Feb, Senja
Bulan akan berada amat hamper dengan Musytari.

MAC
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2011 L4 PanSTARRS terbaik bulan ini.
3 Mac, 1.00am
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
17 Mac, Maghrib-Isya
Smiley ‘senget’ kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran).
20 Mac
Ekuinoks. Hari matahari berada tepat di atas Khatulistiwa (7.02pm Waktu Malaysia).
29 Mac, 11.00pm
Bulan berada hampir dengan Zuhal.

APRIL
Tarikh/Waktu
Keterangan
14 Apr,
 Maghrib-Isya
Smiley ‘Tak Menjadi’ Kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran).
20 Apr
Hari Astronomi Sedunia.
21-22 Apr, selepas tengah malam
Juraian Meteor Lyrids (20/sejam).
26 Apr
Gerhana Bulan Separa. Mula 2.03am. Maksimum   ~ 4.10am, tamat 6.11am.
28 Apr
Istiqbal Zuhal.

MEI
Tarikh/Waktu
Keterangan
5-6 Mei, selepas tengah malam
Juraian Meteor Eta Aquarids (10/sejam).
10 Mei
Gerhana Matahari Cincin di Australia (tidak Nampak di Malaysia).
12   Mei
Bulan berada hampir dengan Musytari.
23 Mei
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
26   Mei
Bulan berada di posisi Perigee 21 jam SEBELUM Bulan Penuh (358374km).
27 Mei
Himpunan Planetari (Zuhrah, Musytari dan Utaris) di langit senja.
28 Mei, 5.16pm
Istiwa Matahari Di Atas Kaabah.

JUN
Tarikh/Waktu
Keterangan
4 & 5 Jun, Maghrib-Isya
Zuhrah berada amat hampir dengan gugusan bintang M35.
10   un, Senja
Bulan berada hampir dengan Zuhrah dan Utarid.
19   Jun
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
23   Jun
Bulan Penuh Perigee! (356989km).

JULAI
Tarikh/Waktu
Keterangan
3 & 4 Julai, Maghrib-Isya
Zuhrah berada hampir dengan gugusan bintang Beehive.
10 & 11 Julai, Senja
Bulan berada hampir dengan Zuhrah.
16 & 17 Julai
Bulan berada hampir dengan Zuhal.
16 Julai, 5.28pm
Istiwa Matahari di atas Kaabah.
21 Julai
Bulan berada diposisi Perigee 21 jam SELEPAS Bulan Penuh (358401km).
22 Julai
Musytari dan Marikh berada hampir antara satu sama lain. Subuh.

OGOS
Tarikh/Waktu
Keterangan
12-13 Ogos  , selepas tengah malam
Juraian Meteor Perseids (60/sejam).
27 Ogos
Istiqbal planet Neptune (Binokular/Teleskop).

SEPTEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
18 Sept, Senja
Zuhrah dan Zuhal berada hampir antara satu sama lain.
22 Sept
Hari Ekuinoks. Matahari berada tegak di atas kepala.

OKTOBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
3 Okt
Istiqbal Planet Uranus (Binokular).
12 Okt
Hari Astronomi Sedunia.
18 Okt
Gerhana Bulan Penumbra (ketika Subuh).
21-22 Okt, selepas tengah malam
Juraian Meteor Orionids (20/sejam).

NOVEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2012 S1 (ISON) terbaik ketika ini.
3 Nov
Gerhana Matahari Hibrid di Afrika (tidak Nampak di Malaysia).
17-18 Nov, selepas tengah malam
Meteor Leonids (40/sejam).

DISEMBER
Tarikh/Waktu
Keterangan
-
Komet C/2012 SI (ISON) terbaik ketika ini.
13-15 Dis, selepas tengah malam
Meteor Geminids (60/sejam).

Ø    SUMBER: www.falakonline.net
Ø    Fenomena Tumpuan dan Paling Menarik Sepanjang Tahun 2013 Untuk Langit Malaysia dan Rantau Asia Tenggara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails