SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Januari 21, 2013

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN NURI

Mengikut sejarah, tapak asal sekolah ini terletak di Parit iaitu antara Kampung Nerusa dan Nuri.  Didirikan pada tahun 1903 atas usaha dan inisiatif  Datuk Menteri dan Datuk Gempa dengan  bilangan murid seramai 30 orang.  Bangunan  sekolah pada ketika itu merupakan sebuah pondok berukuran 20’ x 20’ , berdinding pelupuh, beratap rumbia dan berlantaikan pasir.






1907,  sekolah ini  telah dipindahkan ke Nuri kerana pertambahan bilangan penduduk di sekitar Air Mawang.  Sebuah bangunan papan dengan ukuran 15’ x 30’  telah  didirikan dan dinamakan Sekolah Melayu Nuri.
1930  bangunan tambahan telah dibina menjadikan sekolah berbentuk  ‘L’.  Pada tahun 1949 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan oleh penduduk kampong



Sekolah  pada ketika itu berada di zaman kegemilangan di mana telah  berjaya menjuarai beberapa pertandingan  di peringkat negeri di dalam pasukan pengakap, bola sepak, sepak takraw dan senaman.   Berdasarkan prestasi yang cemerlang, pada tahun 1952, dua buah bangunan tambahan telah didirikan oleh kerajaan  Negeri Sembilan dan adat istiadat pembukaan telah dirasmilan oleh Yang Amat Mulia Dato’ Undang Abdul Manap.

Pada tahun 1958  nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Nuri.  Setahun kemudian dipinda lagi kepada Sekolah Kebangsaan Nuri hingga ke hari ini.







Pada tahun 1975 sebuah bangunan baru setingkat telah dibina  oleh kerajaan negeri bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah.Pada tahun yang sama Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Agung Yang Pertama) bersama Tuanku Ampuan Kurshiah dan Dato’ Menteri Besar N. Sembilan telah  sudi berangkat bagi menyempurnakan Perayaan Hari Ibubapa dan Perayaan Pengakap yang berjaya menjadi  johan negeri selama tujuh tahun berturut-turut.
 

 Pada tahun 2002, kerajaan telah membina dua buah  bangunan dua tingkat di padang sekolah untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah.  Ini sejajar dengan kemajuan pesat kawasan persekitaran dengan bilangan murid  sehingga kini 386 orang.  Bangunan ini siap didiami pada bulan Mac 2003.  Bangunan ini menyediakan ruang dan kemudahan  bilik-bilik seperti Pusat Sumber, Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Kesihatan, Bilik Muzik, SPBT, Pejabat, Bilik Guru, Dewan, Surau dan Bilik Wuduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails