SILA HUBUNGI KAMI :


PUSAT SUMBER SEKOLAH,

SEKOLAH KEBANGSAAN NURI,

KM 2,KAMPUNG LENDING,

AIR MAWANG,

73100 JOHOL

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NO.TEL. : 06-4369569 FAX : 06-4367467


EMAIL:pssnba1020@gmail.com

LAMAN WEB : http://pssnba1020.blogspot.com


;
SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA DARIPADA WARGA BLOG PSS SK NURI

Khamis, 2009 November 12

Tersirat di sebalik yang tersurat 65: BUKU-BUKU SUMBANGAN PIBG SK NURI

Pengurusan PSS ini merakamkan setinggi -tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Nuri yang dipengerusikan oleh En Shaharudin B Md Isa selaku YDP dan AJK PIBG bagi sesi 2009/2010 di atas sumbangan buku-buku kepada perpustakaan SK Nuri.
Buku-buku yang telah disumbangkan tersebut lebih berbentuk kepada buku-buku karya agung dan buku ilmiah yang lain.
Diharap PIBG SK Nuri akan terus dan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Pengurusan PSS yang pastinya akan memberi impak yang positif kepada anak didik SK Nuri.
Terima kasih daun keladi, ada rezeki sumbanglah lagi....


Buku Almanak Undang - undang Jenayah Sivil Keluarga Islam turut disumbangkan oleh PIBG .
Beberapa koleksi buku-buku karya agung yang disumbangkankan oleh PIBG.

Direktori Bandar Melaka .

Atlas Lembah Kelang kini turut terdapat di dalam perpustakaan SK Nuri

Ahad, 2009 November 08

Tersirat di sebalik yang tersurat 64: WARNA UNGU SEBAGAI WARNA KORPORAT PSS SK NURI

Sejak awal tahun pengurusan PSS SK Nuri yang di bawah penyelaras GPM yang terkini telah banyak transformasi dilakukan. Ini termasuklah pemilihan warna ungu sebagai warna tema atau warna korporat PSS SK Nuri .
Pemilihan warna ini direalisasikan agar ianya seiring dengan warna korporat BTPN.
Buat permulaannya, warna ungu telah digunakan untuk semua dokumentasi seperti di dalam pengurusan Blog PSS dan pengurusan Sistem Fail PSS.
Kemudiannya, keceriaan fizikal PSS juga diterapkan impak warna ungu seperti pada papan kenyataan, papan pameran, rak-rak bahan bacaan dan warna langsir di dalam bilik bacaan induk perpustakaan.
Insyallah ..bermula 2010 warna pakaian seragam Pengawas PSS juga akan mengalami transformasi mengikut warna korporat PSS SK Nuri.
Keceriaan fizikal luaran PSS SK Nuri - mural yang bertemakan pemilihan warna ungu pada hiasan dan tulisannya.

Mural-mural yang merupakan bekas tangan Cikgu Yati dan Cikgu Rina.


Kain rentang PSS SK Nuri yang dibuat oleh Cikgu Yati, Cikgu Rina dan Uztazah Ana serta anak-anak GPM.
Pintu masuk ke bilik induk pengurusan PSS SK Nuri.
Pakaian seragam Pengawas PSS SK Nuri sekarang.
Cikgu Yati sedang membantu beberapa orang Pengawas PSS sedang mencuba pakaian seragam baru untuk tahun 2010 nanti.
Insyallah inilah rupa pakaian seragam Pengawas PSS SK Nuri pada tahun hadapan.
Semoga transformasi yang dibuat sekarang dan pada masa akan datang akan memberi manfaat kepada kecemerlangan anak didik dan Sekolah Kebangsaan Nuri sendiri.

Sabtu, 2009 November 07

Tersirat di sebalik yang tersurat 63: BENGKEL PEMURNIAN BLOG

Kesibukan yang agak ketara sejak kebelakangan ini menyebabkan saya hampir terlupa akan satu bengkel yang menarik yang telah saya hadiri pada 02 November 2009 yang lalu.
Bengkel tersebut bertajuk 'Bengkel Pemurnian blog PSS' yang diadakan di PKG Johol yang juga merupakan penganjur kursus ini.
En Shafie yang merupakan salah seorang daripada pegawai BTPN di PKG Johol telah bertindak sebagai jurulatih di dalam bengkel ini.
Bengkel ini diadakan khas untuk semua GPM ahli PKG Johol. Banyak pendedahan tentang tips untuk memurnikan lagi blog PSS yang telah dibina oleh para GPM pada awal April yang lalu.




Di akhir bengkel ini, En. Mohd Ghazali selaku Pegawai BTPN 1 untuk PKG Johol ini telah menyampaikan beberapa amanat atau makluman kepada semua GPM yang hadir pada bengkel ini. Diantaranya ialah :
a) Pertandingan Blog PSS.
b)Pertandingan BBM dalam bentuk powerpoint bagi sekolah yang berminat dan telah bersedia.
c)Pencalonan Tokoh NILAM sekolah untuk penapisan PKG Johol bagi wakil Negeri Sembilan.
d)Anugerah PBL - 2 buah sekolah rintis iaitu SK Nuri dan SMKDUAM belum lagi mencapai tahap piawaian yang dikehendaki.
e)ORACLE THINK QUEST - amat berharap kedua-dua sekolah iaitu SK Undang Johol dan SMK Jelai(Felda) sentiasa 'upgrade'kan penggunaannya.
f) Persediaan untuk Perancangan Pengurusan PSS bagi 2010 telah boleh dirangka oleh semua GPM.

Tersirat di sebalik yang tersurat 62: TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DATA NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh 06 November 2009 bersamaan hari Jumaat merupakan tarikh akhir penghantaran data NILAM oleh semua guru kelas dan guru-guru bahasa.
Sistem Pengumpulan Data NILAM Secara Berpusat yang diletakkan di dua lokasi iaitu Pusat Akses dan Bilik Bacaan Utama Perpustakaan sedikit sebanyak telah memberi kemudahan guru-guru tersebut melunaskan tanggungjawab mereka.
Tempoh masa yang diberikan selama seminggu sejak 02 November yang lalu adalah mencukupi untuk guru-guru berkenaan mengisi data NILAM terkini bagi kelas mereka masing-masing.
Pada kali ini, para guru tersebut dikehendaki menghantar data NILAM pembacaan murid-murid mereka bagi bulan Julai hingga Oktober 2009.
Pn Nor Hayati yang merupakan Guru Data NILAM akan mengumpulkan kesemua data tersebut sebelum menghantarkan laporan Data NILAM kepada PKG Johol pada 15 November 2009.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan memberi kerjasama di dalam kemaskini Data NILAM ini.

Jumaat, 2009 November 06

Tersirat di sebalik yang tersurat 61: TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU TAHUN SATU

SK Nuri melakar sejarah lagi apabila pada tanggal 03 Oktober 2009 yang lalu , satu lagi anugerah telah dinobatkan untuk sekolah ini. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Pengurusan Bilik Darjah Tahun Satu daripada JPNS. Anugerah ini telah diterima oleh GPK 1 SK Nuri iaitu Pn. Hjh. Hamijah Hassim mewakili Guru Besar SK Nuri yang sedang berkursus. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Shamsul Kahar di Royale Bintang.
'TAHNIAH dan SYABAS' diucapkan khas buat semua guru yang terlibat dengan p&p Tahun Satu .
Semoga terus mengukir sejarah kecemerlangan. Guru-guru yang terlibat dengan Kelas 1 Pintar dan 1 Bestari ialah Pn. Hjh. Norizan, Pn Azlina, Pn Hamidah, Pn. Ruziana, Pn Huda Zayani, Pn Nur Mazni, Pn Maziah, En Abu Zaini dan Uztaz Mohd Rosdi.

Pn Azlina Mohd Yunus (kiri) yang merupakan Guru Kelas 1 Bestari bersama Pn Hjh Norizan Abd Karim yang merupakan Guru Kelas 1 Pintar mewakili guru-guru Tahun Satu yang lain bergambar bersama plak dan sijil Anugerah Pengurusan Bilik Darjah Tahun Satu 2009.

Khamis, 2009 November 05

Tersirat di sebalik yang tersurat 60: PENCARIAN BERMULA

Bermula 02 November 2009 yang lalu, maka bermulalah pencarian calon untuk 'Pemilihan Tokoh NILAM' peringkat Negeri Sembilan. Setiap sekolah di luak Johol diwajibkan memaklumkan kepada PKG Johol samada terdapat calon yang layak atau tidak untuk pencalonan tersebut.
Pemilihan calon Tokoh NILAM bagi sekolah rendah ini perlu dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Di antaranya ialah :-
a)Bagi Tahap Jauhari :-
1) Calon telah membaca paling minimum 380 naskhah.
2) Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Melayu(minimum 108 naskhah)
3) Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Inggeris(minimum 72 naskhah)
4) Ada membaca buku bukan fiksyen dan buku-buku karya agung oleh penulis-penulis terkemuka seperti Othman Puteh, Usman Awang, A. Samad Said dan Shakespeare.

b) Bagi Ciri-ciri calon Rakan Pembaca :-
1) Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca
2)Mendapat sekurang-kurangnya 50 markah Rakan Pembaca
3) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca yang terserlah
4)Berkebolehan untuk membimbing dan menarik minat orang lain.

* Calon ini mestilah terdiri daripada murid Tahun Lima.
* Bagi Unit NILAM PSS SK Nuri pencalonan untuk Tokoh Nilam ini telahpun mempunyai beberapa nama calon yang boleh diserlahkan untuk diketengahkan dan temuduga akan diadakan oleh Penyelaras Unit NILAM iaitu Pn Nor Hayati untuk memilih salah seorang daripada calon-calon tersebut. Kita tunggu siapa yang layak ya....insyallah calon akan diumumkan pada 06 November nanti.

Selasa, 2009 November 03

Tersirat di sebalik yang tersurat 58 : Peperiksaan Akhir Tahun


Rasanya belum terlambat lagi untuk warga kerja blog PSS mengucapkan 'Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun' kepada semua murid SK Nuri yang bermula 02 November hingga 05 November 2009.

Buatlah sehabis baik. Tunjukkan natijah yang positif hasil pembelajaran yang kamu perolehi sepanjang persekolahan pada tahun ini. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa kamu sememangnya pelajar dan anak yang hebat.


Berikut ialah tips untuk mewujudkan dan mempertingkatkan lagi keyakinan diri ketika menghadapi peperiksaan.

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!




Isnin, 2009 November 02

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 57 : PERSEDIAAN PROGRAM RIMUP

Lihatlah aksi dan kerenah peserta-peserta untuk acara Program Rimup. Mereka ini terdiri daripada peserta untuk acara pertunjukan kebudayaan masyarakat Malaysia bi bawah bimbingan Pn Huda dan acara tarian endang oleh murid-murid Tahun Enam pula di bawah bimbingan Pn Hasrinah dan Pn Daliah.


Ewah...sempat jugak mereka berposing ketika raptai program ini. Lihatlah aksi 'Gadis Melayu Terakhir' digayakan oleh adik Diana, manakala rakan sebelahnya itu pula ialah adik Siti Sarah yang mengayakan pakaian minangkabau.
Murid-murid acara pertunjukan pakaian masyarakat Malaysia sedang menunggu giliran untuk beraksi...jalan catwalk...hehehe

Tak sangka ada bakat terpendam juga anak-anak murid Tahun Enam ini mempersembahkan tarian endang.


Malu ke...? nak buat macamana...bukan senang nak dapat peluang macam ni tau...
Amboi..amboi...Cikgu Rina macam ada pengalaman je...lihatlah aksi beliau yang sedang membimbing adik Siti Sarah yang mengayakan pakaian minangkabau.

Haaa...ini pula aksi hero-hero yang sudah kepenatan berlatih catwalk... ;)