SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 93 : TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER : ABDUL MUJIB B. ABD HAMID (6 BESTARI)

- Membantu dalam pengedaran bahan buku(peminjaman dan pemulangan)
- Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
- Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
- Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas mengemas
- Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik
dan sebagainya
- Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
- Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
- Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
- Membantu mempromosikan PSS
- Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
- Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
- Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails