SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Oktober 17, 2012

Wakil SK Nuri Ke Pertandingan NILAM Peringkat Negeri Sembilan 2012

Alhamdullilah tahun ini SK Nuri berjaya menghantar wakil Tokoh Nilam peringkat sekolah ke Pertandingan NILAM Peringkat Negeri Sembilan bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar 2012.

SK Nuri akan diwakili oleh adik Aimi Raudah Bt Aziman murid Tahun 5 Bestari. Buat masa ini beliau dilatih oleh Pn Nor Fauziah Bt Ismail selaku Guru NILAM dan folio beliau pula akan disediakan dengan bantuan admin sendiri.
PSS SK NURI /TOKOH NILAM 2012























Aimi Raudah bersama bonda tercinta.

Semoga Aimi Raudah akan beroleh kejayaan di peringkat negeri nanti...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails