Pihak pengurusan PSS mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja Perpustakaan ,PSS SK Nuri di atas kejayaan mengadakan Jamuan Pengawas PSS buat julung kalinya.
Jamuan ini juga merupakan jamuan perpisahan buat pengawas-pengawas PSS yang berada di Tahun Enam.
Justeru itu, warga kerja PSS ingin merakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas budi dan kerjasama yang telah pengawas-pengawas PSS Tahun Enam ini sumbangkan kepada PSS SK Nuri selama mereka memikul tanggungjawab sebagai Pengawas PSS dengan cemerlangnya.
Pihak Pengurusan PSS juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Hj Mohd Kadzri Ibrahim selaku Guru Besar, Barisan GPK iaitu Pn Hjh Hamijah dan En Kamal Abd Rahman serta guru AJK Perpustakaan yang sudi meluangkan masa ke majlis ini.

Kek American Chocolate untuk meraikan hari lahir ke semua Pengawas PSS.

Tn Hj Mohd Kadzri Hj Ibrahim menyampaikan ucapan yang mengandungi amanat dan ucapan penghargaan terima kasih daripada pihak sekolah kepada Pengawas-pengawas PSS.

Barisan guru-guru JK Perpustakaan dan GPK yang sempat meluangkan masa.

Juadah yang pelbagai bagi memenuhi permintaan selera Pengawas-pengawas PSS. Tidak kisah...janji kerja tip-top.

Pengawas -pengawas PSS Percubaan yang berjaya tempoh percubaan turut dijemput hadir ke majlis ini.

Rasa riang jelas terpancar di riak wajah Pengawas-pengawas PSS ini . Terima kasih semua kerana telah banyak membantu pengurusan PSS khasnya dalam pengautomasian buku-buku perpustakaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan