SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 24, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 110 : PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2010

Pihak pengurusan PSS 2009 ingin merakamkan TAHNIAH kepada seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru dilantik sebagai Pengawas PSS bagi tahun 2010 berbanding 23 orang bagi tahun 2009. Mereka ini terdiri daripada Pengawas PSS yang sedang berkhidmat dan juga Pengawas PSS yang baru tamat tempoh percubaan.
Surat perlantikan telahpun diberikan kepada mereka dan insyallah satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan mereka akan iadakan pada awal 2010 kelak.
Pada tahun ini, pengurusan PSS telah merombak beberapa syarat perlantikan Pengawas PSS termasuklah calon-calon Pengawas PSS dari kelas kedua iaitu Kelas Pintar.
Ini kerana hasil daripada post mortem yang dibuat oleh pihak pengurusan PSS mendapati timbul masalah kendalian perpustakaan apabila Kelas-kelas Pintar ini masuk ke perpustakaan tanpa adanya Pengawas PSS di kalangan mereka sendiri.
Dengan perlantikan Pengawas PSS dari Kelas Pintar ini, diharapkan pengendalian perpustakaan akan sentiasa efesien lagi di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails