
Sempena Hari Kualiti SK Nuri 2009, buat julung kalinya telah diperkenalkan Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah. Anugerah ini merupakan salah satu usaha Pengurusan NILAM PSS SK Nuri bagi menggalakkan lebih ramai pelajar akan melibatkan diri dalam pelbagai Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Pengurusan PSS khasnya Unit NILAM.
Pada tahun ini, Tokoh NILAM 2009 telah disandang oleh adik Nurul Jannah Bt Hamzah dari Kelas 5 Bestari. Pengurusan PSS mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH. Semoga kejayaan adik Nurul Jannah ini akan menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan pelajar SK Nuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan