SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Rabu, Ogos 15, 2012
JOM TEROKAI PELBAGAI SUMBER PEMBACAAN!
Isnin, November 07, 2011
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SK NURI 2011
Tarikh : 02 November 2011
Hari : Rabu
Masa : 9.30 pagi hingga 10.05.30 pagi
Sasaran semua murid , guru dan JK PIBG SK Nuri
Penyelaras program : Cikgu Nor Fauziah Bt Ismail - Guru NILAM SK Nuri
* Sila layari 'facebook' PSS SK Nuri untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar sekitar program ini dijalankan.
PEMILIHAN TOKOH NILAM SK NURI 2011 : ULASAN BUKU
Penyelaras : Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab -GPM & Cikgu Nor Fauziah Ismail -Guru NILAM SK Nuri
Calon - calon : Nur Hikmah Bakhtier & Nur Syafiqah Farhana Halim
Hakim - hakim : Pn Nor Zrah Ishak - Ketua Panitia Bahasa Melayu & Pn Nur Mazni Zakaria - Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Nur Syafiqah Farhana Bt Halim
TAKLIMAT PENCALONAN TOKOH NILAM PERINGKAT SK NURI 2011
Tempat : Pusat Sumber SK Nuri
Penyelaras : Cikgu Nor Hayati Bt Abdul Wahab - GPM SK Nuri & Cikgu Nor Fauziah Bt Ismail - Guru NILAM SK Nuri
Calon-calon Tokoh NILAM SK Nuri 2011 :
a) Nur Syafiqah Farhana Bt Halim
b) Nur Hikmah Bakhtier Affandy
c) Nur Aiman Syafiqah Bt Jalaludin
d) Ahmad Syarani Bt Hasbullah
Calon-calon Tokoh NILAM SK Nuri 2011
Selasa, Ogos 16, 2011
NILAM : PEMBACA TERBANYAK APRIL-JUN 2011
Kelas Terbanyak Rekod Bacaan NILAM - 5 Bestari - Ketua Kelas adik Muhammad menerima hadiah dan sijil.
Pembaca Terbanyak Tahap Dua - Adik Nur Nabila Syazwanie Bt Mohd Shahrul Nizam - 5 Bestari....bersama sijil Anugerah Nilam dan cenderahati.
Pembaca Tahap Satu : Muhamad Ezam Zakwan B Zulkiefly - 2 Bestari
Jumaat, Jun 17, 2011
Program NILAM : Rakan Pembaca Minggu Ini
Program NILAM : Tahap Rakan Pembaca Minggu Ini
Selasa, Mei 10, 2011
Rabu, Mac 16, 2011
Sebaran Makluman daripada PKG Johol.
Kepada Semua Guru GPM dan GPB
Sekolah Ahli PKG Johol
MAKLUMAN :
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program NILAM melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.
Kerjasama Guru Perpustakaan Dan Media sekolah untuk melengkapkan "Soal Selidik 2" sebelum 18 Mac 2011 melalui pautan berikut :
http://www.eSurveysPro.com/Survey.aspx?id=f3213ae7-8437-42f8-a08b-a7c713a33d75
Sekian terima kasih,
Ahad, Julai 04, 2010
BENGKEL iNILAM
Isnin, Februari 22, 2010
LIRIK LAGU : MEMBACA GAYA WAWASAN
Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd
Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca
Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita
Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat
Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan
Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan
DOWNLOAD
Membaca Gaya Wawasan Minus one
*utk save, klik kanan dan pilih save link as.
Selasa, November 24, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 109 : TOKOH NILAM 2009

Sempena Hari Kualiti SK Nuri 2009, buat julung kalinya telah diperkenalkan Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah. Anugerah ini merupakan salah satu usaha Pengurusan NILAM PSS SK Nuri bagi menggalakkan lebih ramai pelajar akan melibatkan diri dalam pelbagai Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Pengurusan PSS khasnya Unit NILAM.
Pada tahun ini, Tokoh NILAM 2009 telah disandang oleh adik Nurul Jannah Bt Hamzah dari Kelas 5 Bestari. Pengurusan PSS mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH. Semoga kejayaan adik Nurul Jannah ini akan menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan pelajar SK Nuri.
Khamis, November 19, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 94 : TUGAS AJK NILAM
- Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat
yang berkaitan.
- Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan dan aktiviti
-aktivit program NILAM.
- Membuat analisis program NILAM berdasarkan data terkumpul.
- Mewujudkan Fail Program NILAM.
- Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat berkaitan dengan program NILAM.
- Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan melalui borang NILAM kepada PSPN dan satu salinan kepada pengerusi.
- Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta mengambil tindakan susulan.
- Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM peringkat sekolah
Sabtu, November 07, 2009
Tersirat di sebalik yang tersurat 62: TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DATA NILAM PERINGKAT SEKOLAH
Sistem Pengumpulan Data NILAM Secara Berpusat yang diletakkan di dua lokasi iaitu Pusat Akses dan Bilik Bacaan Utama Perpustakaan sedikit sebanyak telah memberi kemudahan guru-guru tersebut melunaskan tanggungjawab mereka.
Tempoh masa yang diberikan selama seminggu sejak 02 November yang lalu adalah mencukupi untuk guru-guru berkenaan mengisi data NILAM terkini bagi kelas mereka masing-masing.
Pada kali ini, para guru tersebut dikehendaki menghantar data NILAM pembacaan murid-murid mereka bagi bulan Julai hingga Oktober 2009.
Pn Nor Hayati yang merupakan Guru Data NILAM akan mengumpulkan kesemua data tersebut sebelum menghantarkan laporan Data NILAM kepada PKG Johol pada 15 November 2009.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan memberi kerjasama di dalam kemaskini Data NILAM ini.
Khamis, November 05, 2009
Tersirat di sebalik yang tersurat 60: PENCARIAN BERMULA
Pemilihan calon Tokoh NILAM bagi sekolah rendah ini perlu dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Di antaranya ialah :-
a)Bagi Tahap Jauhari :-
1) Calon telah membaca paling minimum 380 naskhah.
2) Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Melayu(minimum 108 naskhah)
3) Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Inggeris(minimum 72 naskhah)
4) Ada membaca buku bukan fiksyen dan buku-buku karya agung oleh penulis-penulis terkemuka seperti Othman Puteh, Usman Awang, A. Samad Said dan Shakespeare.
b) Bagi Ciri-ciri calon Rakan Pembaca :-
1) Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca
2)Mendapat sekurang-kurangnya 50 markah Rakan Pembaca
3) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca yang terserlah
4)Berkebolehan untuk membimbing dan menarik minat orang lain.
* Calon ini mestilah terdiri daripada murid Tahun Lima.
* Bagi Unit NILAM PSS SK Nuri pencalonan untuk Tokoh Nilam ini telahpun mempunyai beberapa nama calon yang boleh diserlahkan untuk diketengahkan dan temuduga akan diadakan oleh Penyelaras Unit NILAM iaitu Pn Nor Hayati untuk memilih salah seorang daripada calon-calon tersebut. Kita tunggu siapa yang layak ya....insyallah calon akan diumumkan pada 06 November nanti.

