SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 100 : TUGAS PENYELARAS PSS

  • Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu

•Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah

•Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah

•Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

•Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P

•Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu

.•Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubungan dengan PSS

.•Merancang dan mengurus program promosi PSS

•Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber

•Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS

•Menyelia dan mengurus bahan – bahan PSS

•Menyedia dan mengedar minit mensyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah

•Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS

•Melaksanaan tugas semakan stok dan iventori peralatan PSS

•Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/ Pusat Sumber Sekolah Negeri

•Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS

•Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS

•Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

•Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails