SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 96 : TUGAS PENYELARAS BILIK AUDIO VISUAL

PENYELARAS UNIT AUDIO VISUAL PSS SKN : PN DAHLIA RIDUAN
- Membuat perancangan dan laporan tahunan TVP.
- Menyediakan jadual penggunaan TVP untuk P&P.
- Menyediakan panduan, peraturan penggunaan TVP dan rekod penggunaan.
- Mempamerkan jadual siaran TVP yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Membina koleksi pita-pita video rancangan TVP atau dari sumber-sumber lain untuk - kegunaan guru-guru dan pelajar.
- Menentukan alat terima TV dan VCR sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Melaporkan kepada penyelaras PSS sebarang kerosakan alat supaya dibaikpulih dengan segera.
- Menyediakan buku rekod penggunaan dan pinjaman.
- Mengurus buku stok, proses teknik, mengelas, mengkatalog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails