Peristiwa 1 : 05 Mei 2009 Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat anjuran Perpustakaan Awam

Daerah Kuala Pilah.
Peserta : Adik Norizzah Syazana Abu Talib dari kelas 6 Bestari .
Jurulatih : Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab- GPM SKN
Tempat : Perpustakaan Awam Kuala Pilah
Pencapaian : Saguhati
Aksi adik Norizzah menyampaikan ceritanya.
Peristiwa 2 : 06 Mei 2009 Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Rendah anjuran PPDa Daerah Kuala Pilah.
Peserta : Adik Mohd Syakir Mohd Bakri dari kelas 5 Bestari .
Jurulatih : Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab- GPM SKN
Tempat : SMK Datuk Undang Abdul Manap
Pencapaian : Johan
Catatan : Pencapaian adik Mohd Syakir ini merupakan kali kedua berturut-turut selepas menjadi Johan Daerah Deklamasi Sajak Sekolah Rendah tahun 2008.

Bersemangat betul, adik Mohd Syakir mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk 'Lahirkanlah Masyarakat Madani Tanpa Dadah.'
Peristiwa 3 : 07 Mei 2009 Nafas Segar peringkat sekolah.
Sasaran: Semua murid Tahun 4- Tahun 6
Jurulatih : Cikgu Abu Zaini & Cikgu Wan Mohd Firdaus
Lokasi : Padang SK Nuri
Peristiwa 4 : 18 Mei 2009 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Ini dia pengadil pentaque memberi taklimat Pertandingan Pentaque Guru-guru Rumah Sukan.
<--

-->
Bukan calang-calang tangan Guru
Muzik kita Cikgu Norizan
melontarkan 'guli' pentaque .....
Melopong cikgu-cikgu lain
dibuatnya.....hehehe

Acara kemuncak pertukaran hadiah antara guru-guru bernilai RM 25.00. Kepada guru-guru yang membeli hadiah untuk kekawan bernilai lebih dari RM 25.00 tu...terima kasih,alhamdulilah semoga Allah lebihkan lagi rezeki cikgu-cikgu. Takkan lah nak mintak yang terlebih tu daripada kekawan kita pulak kan....betul tak Cikgu Kamal ? hehehe
Peristiwa 5 :23 Mei 2009 Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Rendah anjuran PPDa peringkat Negeri Sembilan.
Peserta : Adik Mohd Syakir

Mohd Bakri dari kelas 5 Bestari .
Jurulatih : Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab-
GPM SKN
Pencapaian : Saguhati
Tempat : SMK Seri Perpatih, Bandar Baru
Palong

--> Adik Mohd Syakir bersama
jurulatihnya yang juga bondanya...
* Begitulah beberapa peristiwa yang sempat digarapkan di dalam blog ini untuk tatapan semua. Kepada semua warga SKN kalau ada apa-apa cerita atau berita yang hendak dikongsi bersama dialu-alukan. Dengar cerita bulan Jun nanti pun akan ada beberapa pertandingan yang akan disertai oleh murid SKN. Jadi kita tunggu...............