SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Jun 23, 2009

PEMANTAUAN SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Semalam iaitu 22 Jun 2009. warga SK Nuri telah menyambut Lawatan Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan seramai lima orang yang diketuai En Shahrin dari Bahagian Teknik dan Vokasional.
Beberapa pencerapan untuk mata pelajaran telah dilakukan. Di antara cikgu-cikgu yang dicerap ialah En Wan Firdaus - Matematik,Pn Huda- b. Ingg, Pn Daliah- B. Melayu & Sivik, Pn Hjh Norizan- KIA,Cik Norlinda-Sains. Guru kontrak kami iaitu Pn Hasrina turut dicerap.
Pelbagai pujian telah mereka terima-tahniah.
Selain itu, pemantauan ini juga telah memberi beberapa pandangan untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang untuk memastikan SK Nuri terus cemerlang.
Kami warga SK Nuri mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan perkongsian ilmu yang telah diberi oleh En Shahrin dan pegawai-pegawainya yang lain.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah lagi.




1 ulasan:

  1. Salam buat semua warga SK Nuri!!! Esp, Cikgu Norhayati Wahab, Tahniah.. Makin mengancam & menarik!!! Teruskan usaha anda yang cemerlang!!!

    Drp bekas warga SK Nuri..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails