SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, Jun 18, 2009

Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Pilah

Pada 16 Jun yg lalu,pasukan SK Nuri yang terdiri daripada adik-adik Tahun 5 Bestari iaitu Sabrina,Izzati, Jannah dan Ridhwan telah menyertai pertandingan kuiz ini.

Walaupun pasukan sekolah tidak meraih kejayaan tetapi yang penting kamu semua telah mencuba dan berusaha. Seperkara lagi semangat berpasukan yang kalian tunjukkan amat membanggakan. Dengar cerita dah lama mula berlatih membuat latihan persediaan sejak awal tahun lagi sehingga cuti sekolah yg lalu.

Jangan putus asa,cuba lagi pada tahun hadapan...anyway..Tahniah & jangan bersedih kepada pasukan sekolah dan guru-guru pembimbing iaitu Pn Nooraini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails