SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Ahad, Jun 28, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Warga sekolah ingin merakam salam simpati kepada adik-beradik Supiah(6 Pintar),Rusdi(4 Besari) dan Hakim ( 3 Bestari) kerana bonda kesayangan mereka telah disahkan mengidap penyakit barah payudara.
Kami warga SK Nuri turut bersimpati dengan suratan takdir tiga beradik ini. Kami doakan bonda kalian cepat sembuh. Kami berharap janganlah kalian putus asa. Teruskan perjuangan sebagai pejuang yang memikul tanggungjawab pada pelajaran.Tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Kepada semua warga SK Nuri iaitu guru-guru, pelajar-pelajar dan staf yang lain jika ingin membuat sumbangan bolehlah berbuat demikian. Berurusanlah dengan Pn Norizan Abdul Ghani iaitu Guru Kebajikan SK Nuri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails