SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Jun 10, 2009

SELAMAT BERTUKAR

Buka sekolah ni nanti warga SK Nuri akan kehilangan salah seorang guru J Qaf yang juga merupakan pengurus Pusat Akses Sekolah iaitu Pn Nor Hafizah Abd Hamid.Ini kerana beliau akan berhijrah ke Perak di tempat suaminya berkhidmat.

Untuk Hafizah...Dah dapat duk dekat suami nanti mesti perkhidmatan you dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru akan lebih tip top lagi tau...sebab dah tak de sebab nak bersedih lagi.Darling dah 24 hrs ada di sisi :)

Walau bagaimanapun warga SK Nuri ingin memohon maaf andainya terdapat terlanjur kata dan kesilapan yang pernah mengores hati you. Semoga you akan menjadi guru yang lebih cemerlang di sana nanti....Kalau tersesat di Perak nanti boleh lah kami cari you ye...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails