SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Jun 12, 2013

BAHAGIAN 2 : JOM KENALI APA ITU KOLEKSI NADIR ?

Sebelum ini admin telah berkongsi tentang bahan bacaan Nadir di blog ini dengan tajuk  Apa itu Koleksi Nadir?
Kali ini admin ingin berkongsi lagi tambahan info tentang bahan bacaan nadir  yang diperolehi daripada sumber http://pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR_BAHAN_NADIR.pdf

KOLEKSI NADIR terbahagi kepada dua jenis iaitu Nadir Umum dan Nadir Malaysiana.






Contoh bahan bacaan nadir

4.1 Nadir Umum

Termasuk dalam kategori nadir umum adalah salah satu atau kesemua yang berikut:-
4.1.1 Bahan terbitan sebelum tahun 1950 dan / atau yang sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan dan tidak lagi didapati dipasaran.
4.1.2 Bahan terbitan lama yang amat bernilai dari segi isi kandungan di mana tidak lagi wujud dalam pasaran buku dan jika ada, ia dijual dengan harga yang mahal.

4.2 Nadir Malaysiana
Termasuk dalam kategori nadir Malaysiana ialah salah satu atau ke semua yang berikut:-
4.2.1 Bahan mengenai Malaysia yang diterbitkan sebelum tahun 1950 dan/atau yang sukar diperolehi di dalam negara.
4.2.2 Terbitan-terbitan cetakan lama yang berkaitan dengan Malaysia (ini termasuklah Malaya, Persekutuan Tanah Melayu, Kepulauan Melayu dan Straits Settlements serta Alam Melayu).
4.2.3 Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik Melayu/ Malaysia.
4.2.4 Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik yang berada di luar negara dalam pelbagai bahasa yang berkaitan dengan Malaysia.

Semoga mendapat manfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails