SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Jun 12, 2013

PESERTA PERTANDINGAN PENYEDIAAN SARAPAN PAGI SEMPENA KARNIVAL HARI PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tarikh : 04 Jun 2013
Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tempat : Waterfront Padang Dato' Sheikh Ahmad, Kangar
Wakil : Kontijen Negeri Sembilan
Peringkat : Kebangsaan
Peserta : Siti Sarah Mohd Bakri & Noor Arifatul U'lliya Norirwan - Tahun 6 Bestari
Guru Pembimbing : Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab - Guru Pemimpin PPIM SK Nuri ( GPM )
Pencapaian : Tempat Keempat

 Peserta - peserta yang merupakan wakil Kontijen Negeri Sembilan dari SK Nuri

Kad Menu pasukan Milenia Nurins

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails