SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Jun 10, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN 2013

Asalamualaikum warga siber....agak lama admin tidak update blog ini atas kekangan waktu dek kerana terlibat dengan penyediaan bahan pameran Kelab Doktor Muda, kemudian persediaan sambutan Hari Guru & Persaraan Pn Kuziah dan akhir sekali dengan persiapan Pertandingan Penyediaan Sarapan Pagi Puteri Islam Peringkat Kebangsaan.
Macamana dengan percutian sekolah baru- baru ini...cuti dua minggu kan? agak lama tuh.....pelbagai cerita yang admin dengar, alhamdullilah semuanya baik belaka.
Hari ini bermulalah penggal persekolahan bagi penggal kedua....yang pasti penggal kedua ini merupakan sesi yang amat penting untuk memastikan target panitia & sekolah tercapai dalam akademik khasnya....UPSR la.....
Buat anak-anak murid di Tahun 6...pastikan usaha anda berlipat ganda dan bertambah gigih....10 Septeber 2013 bukannya lama lagi pun....jangan leka & alpa....gunakan kepakaran cikgu-cikgu yang ada di sekolah kita ini semaksimum yang boleh....
Admin sempat merakam suasana semasa Program Laluan Iqra pagi tadi....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails