Koleksi nadir merangkumi bahan-bahan terbitan dari dalam dan luar Negara yang diterbitkan sebelum tahun 1900 dan/atau bahan-bahan yang telah habis dicetak dan tidak lagi boleh didapati di pasaran. Koleksi ini merangkumi pelbagai bidang perkara seperti sejarah, bahasa, sastera, sains sosial, ekonomi, agama dan sebagainya. Ia mengandungi sumber ilmu dalam bentuk buku, risalah, gambar yang amat bernilai dan sukar diperolehi di pasaran serta jarang ditemui. Koleksi nadir Malaysiana adalah merupakan antara koleksi unik yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia di mana bahan ini dipulihara dan menjadi koleksi Perpustakaan Negara Malaysia yang amat bernilai.
Salah sebuah contoh koleksi nadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan