SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Februari 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 2010


Salam Maulidur Rasul buat semua. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan semoga kita semua lebih mengingati, lebih pengamalan sunnah-sunnah nabi dan lebih menghayati perjuangan yang Nabi Muhammad SAW bawa untuk seluruh ummat bukan untuk hari ini saja tetapi setiap hari.

Selasa, Februari 23, 2010

Bercerita - Aktiviti Panitia Bahasa Melayu ( Program Laluan Iqra')


Aktiviti Panitia Bahasa Melayu minggu ini ialah giliran Pn Hjh Norizan Karim . Beliau telah mengetengahkan adik Raudhah Aziman dari Kelas 3 Bestari. Adik Raudhah telah menyampaikan sebuah cerita yang akan dipertandingkan di peringkat daerah Kuala Pilah.

Isnin, Februari 22, 2010

LIRIK LAGU : MEMBACA GAYA WAWASAN

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan

DOWNLOAD

Membaca Gaya Wawasan

Membaca Gaya Wawasan Minus one

*utk save, klik kanan dan pilih save link as.

Ahad, Februari 21, 2010

GOTONG - ROYONG PERDANA 2010

Pada 20 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Unit Kebersihan & Keceriaan HEM bersama PSS SK Nuri telah berganding bahu menganjurkan Program Gotong - Royong Perdana 2010.
Program ini telah dijayakan dengan kehadiran guru - guru , kakitangan sokongan, pekerja swasta , JK PIBG SK Nuri , NGO - Belia 4B Air Mawang dan para ibu bapa.
Bagi PSS SK Nuri , program ini merupakan salah satu daripada tujuan 'Program Ilmu Ada Di Mana-mana' untuk mewujudkan sudut - sudut info di serata kawasan persekitaran sekolah bagi memberi pendedahan p&p ilmu secara tidak formal kepada warga SK Nuri khasnya murid - murid.
Program ini telah diberi taklimat oleh Cikgu Kamal selaku GPK HEM. Program ini terbahagi kepada 2 fasa.
Fasa pertama bermula dari tarikh gotong - royong ini diadakan hingga 20 Mac yang lebih berfokuskan kepada tangga -tangga di bangunan baru. Tangga - tangga di bangunan baru ini dijadikan 'Tangga Angkat' oleh Panitia Sains, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Matematik, Unit NILAM dan Unit PPDa.
Fasa kedua pula akan lebih berfokus kepada taman - taman dan mural pula.
Semoga segala usaha murni ini dinilai Allah sebagai ibadah. Warga kerja PSS mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Uztazah Kuziah, Uztazah Suria, Uztaz Rosdi dan En Sharudin pekerja swasta sedang mengecat 'Tangga Angkat' bagi Unit PPDa yang diketuai oleh Cikgu Abu Zaini
Cikgu Nor Haflida dan wakil ibu bapa sedang mengecat 'Tangga Angkat' Unit NLAM yang diketuai oleh Cikgu Nor Hayati.
Cikgu Nor Fauziah dan Cikgu Huda sedang menghias anak tangga di 'Tangga Angkat' Panitia Kajian Tempatan yang diketuai oleh Cikgu Kamisah.
AJK PIBG sedang memotong kayu untuk penyediaan papan tanda 'Program Lestari' yang diketuai oleh Cikgu Mohd Fadil.

Cikgu Nor Liza,Cikgu Nooraini, Cikgu Mazni, Cikgu Siti Hasnah, Cikgu Majidah, dan wakil ibu bapa sedang menaik taraf 'Tangga Angkat' Panitia Matematik yang diketuai Cikgu Affendy.

Wakil Ibu bapa dan pekerja swasta turut bekerjasama menaiktaraf 'Tangga Angkat' Unit NILAM.

Cikgu Hj. Mohd Kadzri - Guru Besar SK Nuri turut turun padang dalam gotong - royong ini.
Cikgu Kamal selaku GPK HEM sedang memberi taklimat dan agihan tugasan kepada hadirin.
Cikgu Hamijah dan Siti Kasom (FS) sedang membuat mural di ' Tangga Angkat' Panitia Sains yang diketuai oleh Cikgu Shahida.

MESYUARAT AGUNG PIBG SK NURI 2010

Pada 19 Februari 2010 yang lalu Mesyuarat Agung PIBG SK Nuri telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Hasan B. Malek.


Penyampaian cenderamata kepada Pelajar - Pelajar Cemerlang UPSR 2009


Dari kiri : Guru Besar SK Nuri, Dato Hasan Malek dan YDP PIBG SK Nuri 2009


Pendaftaran ibu bapa

Barisan Ketua - ketua Kampung JKK turut hadir dalam mesyuarat ini.


Ucapan sulung En Mohd Radzi selaku YDP PIBG SK Nuri bagi sesi 2010/ 2011

Jumaat, Februari 19, 2010

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Hari Jumaat bagi minggu ini merupakan giliran Uztazah Kuziah Hussin menjalankan aktiviti Panitia Pendidikan Islam.
Persembahan Nasyid oleh murid- murid 6 Bestari yang diketuai oleh Ainul Tasnim.
Ini pula Nurul Arifah yang menyampaikan cerita beliau yang berjudul 'Habil dan Qabil'. Beliau merupakan wakil SK Nuri ke pertandingan MTAQ yang akan diadakan pada Mac depan.


Ketekunan salah seorang pelajar yang menghayati aktiviti Panitia Pendidikan Islam ini.

Khamis, Februari 18, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2010

Majlis ini telah diadakan pada 08 Februari 2010 yang lalu dan telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Kadzri B Hj Ibrahim selaku Guru Besar, SK Nuri. Majlis ini telah diadakan di Dewan Pentas Budaya Nuri dalam majlis perhimpunan rasmi. Seramai 37 orang pengawas PSS telah menerima Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2010 ini. Semoga pengawas - pengawas PSS ini akan terus memberi komitmen kepada tanggungjawab mereka sebagai Pengawas PSS.

Tn Hj Mohd Kadzri menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan kepada Pengawas PSS



Pengawas - pengawas PSS merakamkan gambar mereka sambil memegang Sijil Watikah Perlantikan mereka.

Selasa, Februari 16, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK SERTING FELDA

Pada 26 Januari 2010 , JK Kerja PSS SK Nuri telah mengadakan lawatan kerja ke SK Serting Felda, Jempol, Negeri Sembilan. Lawatan ini merupakan lawatan penanda aras yang bertujuan untuk:

  1. Memberi pendedahan kepada AJK untuk mengenali dan mewujudkan rangkaian kerjasama dalam aspek pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang dan efeisyen.
  2. Mewujudkan situasi khidmat bantu daripada pengurusan PSS SK Serting Felda (SKSF) yang merupakan PSS Cemerlang Negeri Sembilan dua tahun berturut – turut bermula 2007 dan 2008. Selain itu, PSS SKSF juga merupakan Naib Johan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan bagi tahun – tahun tersebut.

Ahli Jawatan Kuasa yang turut serta di dalam lawatan berkenaan adalah:-

Bil

Senarai Jawatankuasa

Bidang Tugas dalam JK Kerja PSS

1

En Kamal Abd Rahman

GPK HEM

2

Pn Nor Liza Bahaman

GPK Ko Kurikulum

3

Pn Nor Hayati Abdul Wahab

GPM

4

Pn Nor Fauziah Ismail

Penyelaras Galeri Sejarah

5

En Wan Mohd Firdaus Abd Rahim

Penyelaras Makmal ICT

6

Pn Ruziana Alwi

Penyelaras Pusat Akses

7

Pn Suria Mohd Karim

Penyelaras Bilik BBM

8

Cik Norhaflida Abd Hamid

Penyelaras Perpustakaan

Pengisian Program

Cadangan pelaksanaan lawatan ke SKSF ini telah diputuskan atas saranan En Fadhil Abd Razak yang telah mengetuai pemantauan PSS SK Nuri yang telah diadakan pada 12 Januari yang lalu. Pemantauan tersebut juga telah diiringi oleh beberapa orang pegawai – pegawai dari BTPN NS.

Program lawatan ini bermula dengan ucapan daripada guru besar SKSF dan persembahan power point tentang pengurusan PSS SKSF.

Melalui sesi lawatan kerja ini AJK JK Kerja yang terlibat telah diberi penerangan tentang koleksi, perkhidmatan serta kemudahan setiap unit yang terdapat di dalam pengurusan PSS SKSF.

Selain itu, kami juga telah dibawa melawat laluan – laluan ilmu dan taman- taman ilmu yang terdapat di sekitar SKSF yang begitu kondusif dan bersumber setiap pelusuk empat penjuru sekolah ini.

Program lawatan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh kedua- dua pihak.

Hasil lawatan

Pendedahan kepada AJK JK Kerja

Selain melihat lebih dekat PSS SKSF, ahli dapat bertukar-tukar pendapat mengenai koleksi bahan, penyusunan bahan PSS, penyediaan bilik khas untuk rujukan pengguna, dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, ini dapat membantu ahli dalam aspek pemantapan pengurusan PSS yang cemerlang.

Rumusan

Kesimpulannya, lawatan ini dapat memberi satu pendedahan berkaitan dengan peningkatan perkhidmatan pengurusan PSS yang cemerlang, seterusnya dapat dijadikan panduan dalam penzahiran pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di Pusat Sumber Sekolah. Bersama ini dilampirkan bersama beberapa koleksi foto sekitar lawatan ini.







Pn Suria - Pengerusi Unit BBM SKN sedang berkongsi maklumat dengan En Azri GPM,SKSF


MAJLIS PENYERAHAN BAKUL PINJAMAN PUKAL

Majlis ini telah diadakan pada 25 Januari yang lalu. Selain penyerahan Bakul Pinjaman Pukal buku- buku kepada guru - guru kelas, Penyerahan Info Sudut NILAM kepada semua kelas, bilik - bilik khas termasuk prasekolah turut disampaikan oleh Tn Hj Kadzri B Hj Ibrahim kepada semua guru kelas dan penyelaras - penyelaras bilik khas.




Isnin, Februari 08, 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PSS CEMERLANG OLEH PEGAWAI - PEGAWAI DARI BTPN NEGERI SEMBILAN

Pada 25 Januari 2010 yang lalu ,warga SK Nuri berasa amat bersyukur dan menghargai atas kesudian rombongan pegawai - pegawai BTPN NS yang diketuai En Kamaruzzaman selaku Penolong Pengarah BTPN NS mengadakan Program Khidmat Bantu- Taklimat Pengurusan PSS Cemerlang kepada semua warga SK Nuri yang terdiri daripada guru-guru dan pekerja kakitangan sokongan serta pekerja swasta.

SEJARAH KECEMERLANGAN PSS SK NURI

Sekolah Kebangsaan Nuri merupakan sebuah sekolah yang telah mula melakar sejarah kecemerlangannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segalanya bermula hasil daripada kerjasama dan kesepaduan semua warganya dan peranan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkesan. Ini bertepatan dengan prinsip PSS yang merupakan tunjang dan nadi sesebuah sekolah.

PSS SK Nuri telah mula melakar sejarah kecemerlangannya pada awal tahun 2000, di mana pada tahun tersebut PSS SK Nuri telah mendapat tempat Ketiga bagi Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah. Pada tahun 2001 dan 2002 pula, PSS SK Nuri telah mendapat Naib Johan bagi Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah. Seterusnya pada tahun 2003, PSS SK Nuri telah melonjak pencapaian kecemerlangannya bagi pertandingan Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah dengan mendapat tempat Johan bagi pertandingan tersebut. Kesemua pertandingan tersebut merupakan anjuran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sembilan.

Di dalam bidang pengurusan PSS pula, PSS SK Nuri telah meraih tempat Naib Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang bagi kategori sekolah luar Bandar pada tahun 2006. Kemudiannya, PSS SK Nuri ini telah menapak setapak lagi ke arah kecemerlangannya apabila telah dinobatkan sebagai Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Sembilan 2009 oleh BTPN Negeri Sembilan. Justeru dengan kejayaan tersebut, maka PSS SK Nuri akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan pada tahun 2010 ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails