SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Februari 16, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK SERTING FELDA

Pada 26 Januari 2010 , JK Kerja PSS SK Nuri telah mengadakan lawatan kerja ke SK Serting Felda, Jempol, Negeri Sembilan. Lawatan ini merupakan lawatan penanda aras yang bertujuan untuk:

  1. Memberi pendedahan kepada AJK untuk mengenali dan mewujudkan rangkaian kerjasama dalam aspek pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang dan efeisyen.
  2. Mewujudkan situasi khidmat bantu daripada pengurusan PSS SK Serting Felda (SKSF) yang merupakan PSS Cemerlang Negeri Sembilan dua tahun berturut – turut bermula 2007 dan 2008. Selain itu, PSS SKSF juga merupakan Naib Johan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan bagi tahun – tahun tersebut.

Ahli Jawatan Kuasa yang turut serta di dalam lawatan berkenaan adalah:-

Bil

Senarai Jawatankuasa

Bidang Tugas dalam JK Kerja PSS

1

En Kamal Abd Rahman

GPK HEM

2

Pn Nor Liza Bahaman

GPK Ko Kurikulum

3

Pn Nor Hayati Abdul Wahab

GPM

4

Pn Nor Fauziah Ismail

Penyelaras Galeri Sejarah

5

En Wan Mohd Firdaus Abd Rahim

Penyelaras Makmal ICT

6

Pn Ruziana Alwi

Penyelaras Pusat Akses

7

Pn Suria Mohd Karim

Penyelaras Bilik BBM

8

Cik Norhaflida Abd Hamid

Penyelaras Perpustakaan

Pengisian Program

Cadangan pelaksanaan lawatan ke SKSF ini telah diputuskan atas saranan En Fadhil Abd Razak yang telah mengetuai pemantauan PSS SK Nuri yang telah diadakan pada 12 Januari yang lalu. Pemantauan tersebut juga telah diiringi oleh beberapa orang pegawai – pegawai dari BTPN NS.

Program lawatan ini bermula dengan ucapan daripada guru besar SKSF dan persembahan power point tentang pengurusan PSS SKSF.

Melalui sesi lawatan kerja ini AJK JK Kerja yang terlibat telah diberi penerangan tentang koleksi, perkhidmatan serta kemudahan setiap unit yang terdapat di dalam pengurusan PSS SKSF.

Selain itu, kami juga telah dibawa melawat laluan – laluan ilmu dan taman- taman ilmu yang terdapat di sekitar SKSF yang begitu kondusif dan bersumber setiap pelusuk empat penjuru sekolah ini.

Program lawatan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh kedua- dua pihak.

Hasil lawatan

Pendedahan kepada AJK JK Kerja

Selain melihat lebih dekat PSS SKSF, ahli dapat bertukar-tukar pendapat mengenai koleksi bahan, penyusunan bahan PSS, penyediaan bilik khas untuk rujukan pengguna, dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, ini dapat membantu ahli dalam aspek pemantapan pengurusan PSS yang cemerlang.

Rumusan

Kesimpulannya, lawatan ini dapat memberi satu pendedahan berkaitan dengan peningkatan perkhidmatan pengurusan PSS yang cemerlang, seterusnya dapat dijadikan panduan dalam penzahiran pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di Pusat Sumber Sekolah. Bersama ini dilampirkan bersama beberapa koleksi foto sekitar lawatan ini.







Pn Suria - Pengerusi Unit BBM SKN sedang berkongsi maklumat dengan En Azri GPM,SKSF


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails