SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .
Memaparkan catatan dengan label Berita PSS SK Nuri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita PSS SK Nuri. Papar semua catatan

Selasa, September 11, 2012

SELAMAT BERJUANG PUTERA PUTERI SK NURI DALAM UPSR 2012

SELAMAT MENDUDUKI DAN SEMOGA BERJAYA !

GOOD LUCK pada semua murid  Tahun 6 di seluruh Malaysia khasnya murid-murid Tahun 6 Bestari dan Tahun 6 Pintar di Sekolah Kebangsaan Nuri.

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Kami guru-guru , staf - staf serta seluruh warga SK Nuri sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Berusaha , Berdoa dan Bertawakal ,

Selasa, September 04, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PERCUBAAN UPKK

Kepada semua murid Tahun Lima yang merupakan calon - calon UPKK 2012 tahun ini.....admin ingin mengucapkan Selamat Berjuang untuk menduduki Percubaan UPKK yang akan bermula petang ini hingga hari jumaat nanti.

Berusaaha dan bertawakallah . Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang....amin

Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Bertugas

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berburu ke padang datar;
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar;
                                                            Bagai bunga kembang tak jadi.


Selamat kembali ke sekolah setelah cuti yang agak panjang, kepada anak -anak murid yang disayangi khasnya calon - calon UPSR 2012 marilah kita mencairkan semula kepala otak yang sudah beku dibuai alunan cuti yang sangat menyeronokkan. Jom mulakan sesi persekolahan dengan mood dan semangat yang baru lagi 'fresh'. Harap semua kerja sekolah yang cikgu bekalkan sebelum cuti sekolah dulu telah di'settle'kan.


Kepada guru-guru, ayuh kerana tugas kita belum selesai dan tidak akan selesai sampai bila-bila. Markah juga perlu diisi di SAPS dengan segera.Kemudian, sama-samalah kita membincangkan segala kekuatan dan kelemahan kita dalam mesyuarat post mortem akan datang.

Semoga kecemerlangan kita berkekalan. 

Selasa, Ogos 14, 2012

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21 Zon Selatan

Hari Kedua
Tarikh : 24 Ogos 2012
 8.30 - 10.30 pagi: Slot 1 : Perancangan dan hala tuju PSS Abad Ke-21(ubiquitous library)
Penceramah : Pn Fadzliaton Bt Zainddin

 11.30 - 1.00 petang: Slot 2 : Pembinaan Portal PSS
Penceramah : En Kamarulzaman Ismail



Perancangan Peruntukan Sumbangan MBNS

Alhamdullilah... terima kasih kepada Menteri Besar Negeri YAB.  Dato' Seri Utama Haji Mohamad B Hj Hasan yang telah menyumbang dana untuk Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nuri baru - baru ini bagi menjayakan program transformasi yang telah dirancang untuk sepanjang 2012 ini.

Insyallah suntikan dana ini akan memberi manfaat kepada semua anak didik di SK Nuri dan mempertingkatkan lagi peranan dan fungsi PSS SK Nuri.


Selasa, Jun 19, 2012

Promosi : Program Jom Sayang Perpustakaan / Khemah Membaca 2012

Promosi : Esok hari Rabu bertarikh 20 Jun 2012,  jam 10 pagi .....Pss Sk Nuri akan menganjurkan Program Jom Sayang Perpustaan / Khemah Membaca dengan menjemput Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ke SKN...

Sasaran : Murid - murid  Tahun 5B & 5P
Lokasi : Dewan SK Nuri
Jam : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Penyelaras : Pn Norzahayu Zakaria ( Guru Perpustakaan ) & Pn Nor Fauziah Ismail ( Guru NILAM)


...get ready & happy enjoy with their programme...sorry tr can't join u all coz still meeting in KL

Sabtu, Mei 19, 2012

Pusat Akses Sekolah(PuAS) Bersama Komuniti Peringkat PKG Johol

Tarikh: 19 Mei 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Perasmian :  YB Dato' Haji Hasan Bin Malek,
DSNS,DMSM,JP,DSM,KMN,AMN,PJK,BKC
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails