SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Bertugas

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berburu ke padang datar;
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar;
                                                            Bagai bunga kembang tak jadi.


Selamat kembali ke sekolah setelah cuti yang agak panjang, kepada anak -anak murid yang disayangi khasnya calon - calon UPSR 2012 marilah kita mencairkan semula kepala otak yang sudah beku dibuai alunan cuti yang sangat menyeronokkan. Jom mulakan sesi persekolahan dengan mood dan semangat yang baru lagi 'fresh'. Harap semua kerja sekolah yang cikgu bekalkan sebelum cuti sekolah dulu telah di'settle'kan.


Kepada guru-guru, ayuh kerana tugas kita belum selesai dan tidak akan selesai sampai bila-bila. Markah juga perlu diisi di SAPS dengan segera.Kemudian, sama-samalah kita membincangkan segala kekuatan dan kelemahan kita dalam mesyuarat post mortem akan datang.

Semoga kecemerlangan kita berkekalan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails