SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Ogos 19, 2013

SELAMAT DATANG PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM - GURU BESAR BARU SK NURI

Tanggal 19 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat bagi warga SK Nuri kerana pertama kali bersua dengan Guru Besar baru iaitu Pn Hajah Hamijah Bt Hassim. Kehadiran beliau ke SK Nuri umpama sirih pulang ke ganggang, ini kerana beliau pernah bertugas sebagai GPK 1 di sini. Kemudian, dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar SK Yam Tuan Hitam, Kuala Pilah dan kini berkhidmat semula di SK Nuri sebagai pentadbir sekolah / Guru Besar.
 
  Ucapan sulung Pn Hajah Hamijah Bt Hassim

Semoga kehadiran Pn Hajah Hamijah Bt Hassim akan mencemerlangkan lagi SK Nuri. Kami warga SK Nuri mengalu-alukan kehadiran Puan dan akan sentiasa memberi sokongan kepada Puan bagi sama -sama menjayakan visi dan misi sekolah serta akan meningkatkan lagi prestasi sekolah dalam semua aspek. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails