SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Ogos 20, 2013

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH & INFO TEMA DAN LOGO KEMERDEKAAN TAHUN 2013

Tarikh : 19 Ogos 2013
Hari : Isnin
Lokasi Perasmian : Dataran Perhimpunan
Perasmi : Pn Hjh Hamijah Bt Hassim - Guru Besar
Penyelaras : Pn Norani Bt Zakaria - Ketua Panitia Kajian Tempatan
Anjuran Panitia : Kajian Tempatan & Sivik Kenegaraan
Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-56 Tahun 2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku . Tema ini dipilih bagi memberi peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara

 Gimik pelancaran


 Gimik pelancaran oleh Guru Besar


 Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah : Pn Norani Bt Zakaria - Ketua Panitia Kajian Tempatan

Info Tema & Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2013

* Imej grafik 56 adalah simbolik kepada Hari Kemerdekaan yang ke -56
* Imej berwana merah dan putih adalah lambang Jalur Gemilang yang menyaluti 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanah air yang merdeka
*Bulan sabit melambangkan kedaulatan

Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah ” memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat”
konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara
Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails