SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 13, 2012

Sejarah Pusat Sumber Sekolah Malaysia

Satu perkongsian maklumat yang admin perolehi daripada Portal Sumber Pendidikan yang ditulis oleh Pn. Fadzliaton Bt Zainudin yang juga merupakan salah seorang yang amat saya kagum kegigihannya dalam  memperkasakan PSS.


Pusat Sumber Sekolah yang merupakan gedung ilmu mempunyai sejarah menarik dan panjang. Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama “khutub khanah”, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah. Secara amnya keadaan khutub khanah di sekolah Inggeris adalah jauh lebih baik daripada Sekolah Aliran Melayu. Namun begitu tujuan utama “khutub khanah” bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaunter Sirkulasi PSS SK Nuri

Apabila saiz koleksi buku di “khutub khanah” meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama “khutub khanah” didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan “perpustakaan”. “Perpustakaan” pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails