SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Ahad, November 11, 2012

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH


 Cuti sekolah telah tiba lagi, admin mewakili warga PSS SK Nuri mengucapkan " SELAMAT BERCUTI" kepada semua murid dan semua guru di seluruh 1 Malaysia.

Cuti...cuti  juga....admin harap semua yang pastinya seronok bercuti panjang ini akan manfaatkan cuti ini dengan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kepada semua murid inilah peluang untuk menambahkan bilangan bacaan dalam Buku NILAM untuk Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca.

Haaa...buku - buku SPBT pun telah diedarkan bukan? Jadi, jangan lupa juga, buat ulang kaji untuk pelajaran tahun depan .

Kepada semua guru yang akan ada 'trip' lawatan penanda aras ke Sarawak.....jaga diri baik-baik dan jangan lupa sebarkan ilmu kepada rakan guru lain yang tidak berkesempatan ke sana.

Kepada guru-guru yang sedang melanjutkan pelajaran ...selamat mengulangkaji pelajaran & siapkan assignment.... :)

Khas buat Uztazah Ruziana Alwi....tahniah dapat berpindah sekolah....jadi cuti sekolah ini pastinya beliau sibuk mengemas barang - barang dan rumah baru beliau. Jaga lupa 'keep in touch' dengan kami.

Kesimpulannya apa pun yang kita buat sentiasalah ingat akan penilaian Allah pada setiap perbuatan kita. Semoga ianya diberkati Allah....amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails