SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 15, 2012

PERANAN TIGA 'TULANG BELAKANG' UNTUK MENCEMERLANGKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KITA

Satu perkongsian yang saya titip daripada pembacaan hasil tulisan Encik Losinin B Johalin, PTP, PKG Ranau.

Papan Info PSS SK Nuri
Tulang Belakang 1 : Peranan Pihak Pengurusan Sekolah

Pengurusan pusat sumber yang berkesan lagi efektif untuk membantu melahirkan murid cemerlang tidak mungkin akan tercapai tanpa kesedaran serta keyakinan daripada pihak pengurusan sekolah. Sokongan yang berterusan amat diharapkan agar pusat sumber mampu berkembang. Pengurus sekolah perlu menyedari peri pentingnya peranannya. Sebagai langkah awal pengurus perlulah bertindak untuk :-

1. Berwawasan dan memahami visi pusat sumber
2. Memberi sokongan moral, teknikal, kewangan kepada pusat sumber
3. Mempastikan pembangunan fizikal PSS dilaksanakan dengan lancar

* Bagi admin Tulang Belakang 1 ini merupakan yang paling penting bagi memastikan PSS kita mula dan terus berdenyut nadinya dengan lancar.


Tulang Belakang 2 : Peranan Khas GuruPerpustakaan dan Media

Dalam mempastikan keberkesanan pengurusan serta perkhidmatan yang di sediakan oleh pusat sumber sudah tentu memerlukan seorang guru media dan penyelaras bestari secara sepenuh masa. Untuk itu mereka perlulah sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan (content knowledge) -ilmu mengurus pusat sumber, membuat keputusan, ilmu untuk membuat promosi atau memperkenalkan pusat sumber kepada penguna, mampu menjalankan penyelidikan dan mengaplikasikan hasil serta ilmu baru yang diperolehi dari penyelidikan bagi meningkatkan lagi keupayaan pusat sumber 

* Bagi admin Tulang Belakang 2 ini juga tidak kurang pentingnya kerana Tulang belakang ini merupakan pengerak untuk memastikan nadi PSS kita terus  berdenyut dan menyebarkan ilmu di mana jua pelusuk empat penjuru sekolah.


Tulang Belakang 3 : Peranan Pengawas Pusat Sumber

Sentiasa bersedia membantu GPM dan Guru - guru Penyelaras Bilik Khas yang lain dalam mempromosikan dan menjayakan semua program anjuran PSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails