SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, November 19, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2012

Sumber : Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR secara online

Seperti biasa, menunggu saat UPSR memanglah mendebarkan bagi setiap calon UPSR. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, semakan keputusan UPSR 2012 kali ia akan diumumkan pada hari Isnin iaitu 19 November 2012. 

Semakan keputusan UPSR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online.

Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
keputusan upsr 2012 online
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
* Walau apapun admin & warga SK Nuri mendoakan kejayaan semua calon UPSR 2012, khasnya anak-anak didik di SK Nuri. Segala keputusan UPSR 2012 yang bakal diumumkan, terimalah dengan hati yang terbuka. Impian anda tidak hanya terhenti di sini sahaja. Untuk memotivasikan diri kita ....Jom baca status Datin Che Normadiah Bt Che Abbas di facebook PSS SK Nuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails