SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, November 19, 2012

TAHNIAH BUAT MURID - MURID SK NURI YANG CEMERLANG DALAM UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 telahpun diumumkan pagi tadi. Malangnya, kehadiran calon yang hadir untuk mengambil keputusan tidak 100%....ada yang berkhatan dan ada pula yang telah melancong.

Walaubagaimanapun. admin mewakili warga SK Nuri ingin mengucapkan TAHNIAH buat 7 orang calon UPSR SK Nuri yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun ini berbanding 5 orang tahun lepas. Begitu juga, TAHNIAH juga buat semua warga guru SK Nuri khasnya guru-guru Tahun 6.

Keseluruhannya pencapaian GPS sekolah juga ada peningkatan...TAHNIAH!

Berikut ialah calon - calon 5A UPSR SK Nuri 2012 :-
1. Ahmad Faiq B Sayuti
2. Ain Nurisna Bt Isman
3. Nur Hikmah Bt Bakhtier Effandy
4. Nur Zahra Afiqah Bt Zulkiefly
5. Nurul Farhana Bt Jabbar
6. Nurul Hajar Bt Zainal Abidin
7. Siti Nurzakirah Bt Moham Shahrum

 Sebahagian calon - calon SK Nuri yang mendapat 5A 

Calon - calon yang mendapat 4A 1B pula :
1. Muhammad B Tarmizi
2. Noramin 
3. Muhd Ikhwan
4. Yasmin Syazwani
5. Nur Izzati

 Muhammad B Tarmizi...tahniah!


 
Sebagahian calon UPSR SK Nuri yang hadir mengambil keputusan

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails