SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 03, 2009

Tersirat di sebalik yang tersurat 58 : Peperiksaan Akhir Tahun


Rasanya belum terlambat lagi untuk warga kerja blog PSS mengucapkan 'Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun' kepada semua murid SK Nuri yang bermula 02 November hingga 05 November 2009.

Buatlah sehabis baik. Tunjukkan natijah yang positif hasil pembelajaran yang kamu perolehi sepanjang persekolahan pada tahun ini. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa kamu sememangnya pelajar dan anak yang hebat.


Berikut ialah tips untuk mewujudkan dan mempertingkatkan lagi keyakinan diri ketika menghadapi peperiksaan.

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails