SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, November 02, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 56 : PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN







Pada 28 Okober 2009 yang lalu, warga SK Nuri telah mengadakan sambutan Hari Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu yang diterajui oleh Pn Nor Zrah Ishak. Pelbagai acara yang dijayakan oleh murid-murid sekolah untuk memeriahkan lagi program ini. Berikut ialah rakaman foto-foto sekitar program tersebut:-
Pn Hjh Hamijah Hassim sebagai GPK 1 telah merasmikan program ini dan diakhir ucapan perasmian tersebut,beliau telah menyampaikan sebuah guridam.

Pn Kuziah Hussin selaku pengacara majlis.

Acara deklamasi sajak telah dijayakan oleh adik Mohd Syakir Mohd Bakri.

Adik Nurul Arifah Shaharudin telah menyampaikan ceritanya.

Lihatlah aksi adik Norizzah Md Talib semasa meyampaikan cerita klasiknya yang bertajuk 'Pak Kaduk'.
Ini pula adik Nor Hidayah Ali yang telah menyampaikan pidatonya.
Murid-murid 5 Bestari turut membuat persembahan koir mereka dengan lahu 'Bahasa Jiwa Bangsa'.
Murid-murid sekolah sedang khusyuk menghayati acara program di lokasi dataran perhimpunan.
Murid-murid prasekolah turut tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails