SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Januari 30, 2013

TERIMA KASIH JK PIBG SK NURI



Alhamdulillah TERIMA KASIH kepada Uztaz Radzi B Abu Hasan selaku YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Nuri dan Ahli Jawatankuasanya yang telah sudi meluluskan permohonan PSS SK Nuri untuk mendapatkan sumbangan sebanyak RM 5++.00 bagi menjayakan Program Bulan Pusat Sumber PSS SK Nuri yang akan diadakan pada April nanti.

Pembentangan kertas kerja program ini telah dibentangkan oleh GPM dalam Mesyuarat JK PIBG SK Nuri Kali Ke-4 yang telah diadakan petang tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails