SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, Januari 31, 2013

JOM KE PESTA BUKU 1 MALAYSIA 2013

Dengan temanya ialah Buku Jambatan Ilmu,Pesta buku ini juga merupakan satu acara bagi Perhimpunan Penulis Malaysia terdiri dari pelbagai genre termasuk bloggers, novelis, penkritik, pengulas buku, penterjemah dan sebagainya .Acara kemuncak ialah Anugerah Buku Negara dan majlis makan malam. 
Antara aturcara menarik ialah Perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Masuk adalah percuma. Kepada pemilik voucher buku, inilah masanya untuk anda menebus buku-buku anda. Memang seronoklah kalau dapat borong buku dengan percuma.
 Sila rujuk poster dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut program ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails