SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, November 03, 2012

TAHNIAH! NURINS MILLENIUM @ TERMINAL ONE

Program Kolaborasi BTPN, Negeri Sembilan Bersama Telekom Malaysia Bhd. dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Konsep Pembelajaran Abad Ke - 21 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2012

Tarikh : 03 November 2012

Lokasi : Terminal One Shoping Centre, Seremban.

Masa : 10 pagi - 2.00 petang

Pencapaian pasukan PBL SK Nuri : Saguhati Kedua daripada penyertaan 19 pasukan sekolah rendah
( Tahun lepas : Saguhati Keenam)

Peserta Kumpulan : Nur Hikmah , Siti Sarah, Nor Haizan dan Aimi Raudah
 
Guru Pembimbing : Cikgu Norlinda dan admin

Tajuk Projek : Cara Pembiakan Haiwan - Gajah dan  Buaya

Subjek : Sains
 Peserta - peserta yang sempat hadir ke majlis ini.

 Menerima hadiah daripada Pn Radziah Abd Manaf - Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 Bergambar bersama Pn Kamariah Bt Harun - Guru Besar

Peserta - peserta yang sempat bergambar bersama admin.

Nanti lihat gambar - gambar di facebook PSS SK Nuri

1 ulasan:

  1. Tahniah murid-murid SK Nuri yang mengambil bahagian...tahun depan sertai lagi ye...suka sangat tengok video gajah tu...nanti cari lagi video yang excited dan menarik...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails