SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, November 03, 2012

PENGALAMAN 'NURINS MILLENIUM' : KEPERLUAN DALAM MENJALANKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


Perkongsian info yang ditulis oleh En Suhaimi BTPN NS, admin perolehi ketika admin melayari website BTPNNS.

Jom kita baca sama-sama :-
1. Menyediakan 3 - 6 orang pelajar setiap satu kumpulan.

2. Menyediakan Unit Pelan mengikut format yang disediakan:-
a. Membina soalan kurikulum
b. Merancang aktiviti
c. Membuat jadual aktiviti 2 hingga 4 minggu
d. Memantau projek
e. Menilai output projek
f. Menilai pengalaman

3. Menghasilkan artifak. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, artifak ialah barang - barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Dalam konteks Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning) yang dilaksanakan di dalam bilik darjah, artifak merupakan produk atau bahan - bahan yang dihasilkan untuk menyokong PBL yang dilaksanakan . Contohnya:
i) Artifak penulisan:
- Laporan kajian
- Brosur
- Sajak dan sebagainya

ii) Artifak persembahan:
- Debat
- Syarahan
- Pembentangan lisan dan sebagainya

iii) Artifak teknologi :
- Pangkalan data komputer
- Grafik
- Laman web dan sebagainya

iv) Artifak media :
- Buku skrap
- Lukisan
- Album gambar dsb

4. Menyediakan rubrik penilaian - merupakan garis panduan atau skema pemarkahan yang digunakan untuk menilai persembahan hasil pembelajaran pelajar sepanjang menghasilkan projek.

5. membuat Presentation of Learning (POL) - merupakan sesi pembentangan yang dilakukan oleh pelajar
untuk mempersembahkan hasil projek kepada penonton yang terdiri daripada para pelajar yang lain, guru , ibu bapa dan komuniti setempat.

 Pasukan PBL SK Nuri 2012 yang mengelarkan diri mereka Nurins Millenium

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails