SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Ahad, Oktober 21, 2012

Tahukah Anda Tentang Enjin Carian Dalam Bentuk 3 Dimensi?

 Haa..ini satu lagi dapatan yang menarik yang admin dapat daripada Portal Sumber Pendidikan yang ditulis oleh Pn Fadzliaton Zainudin.....




Pernahkah anda menggunakan enjin carian "Search Cube"? Enjin carian ini amat menarik dan unik kerana memaparkan hasil carian anda dalam bentuk kiub. Setiap sisi kiub mengandungi paparan 16 laman web yang berlainan dalam bentuk paparan segiempat sama. Jika anda skrol pada setiap paparan tersebut, anda dapat lihat maklumat lanjut berkaitan laman web tersebut di sisi skrin.
Apa yang menarik, anda boleh memusing kiub menggunakan anak panah pada papan kekunci (keyboard) untuk melihat lebih banyak hasil carian.

Menarik bukan? Jom dapatkan maklumat lanjut daripada http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/311-enjin-carian-dalam-bentuk-3-dimensi.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails