SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, Oktober 20, 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together 2012



 Satu perkongsian maklumat yang dipetik dari website Portal Sumber Pendidikan untuk semua....

read2012
INFO DARIPADA UNIT NILAM / PSS SK NURI


Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.
Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008 bertujuan membina, memupuk dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Program ini dilaksanakan pada penghujung penggal persekolahan bagi mengisi ruang dan aktiviti selepas peperiksaan di samping meneruskan momentum pembelajaran kendiri murid-murid di sekolah. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.
Bagi menyokong dan memastikan kejayaan program ini, Scholastic Malaysia akan menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Selain dari meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah, sumbangan ini juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada peningkatan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid.
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Read 2012 yang dijangka akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2012 (Rabu)
Tempat: SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.readtogether.com.my/index.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails