Anjuran : Pusat Sumber SK Nuri
Masa : 7.15 hingga 7.30 pagi
Hari : Setiap hari sebelum perhimpunan sekolah bermula
Lokasi : Dataran SK Nuri @ Dewan SK Nuri
Sasaran : Semua pelajar SK Nuri
Objektif : Menanam minat membaca & menambah bilangan Rekod Bacaan NILAM melalui pembacaan bahan-bahan bacaan yang dibekalkan oleh JK Perpustakaan melalui Pinjaman Pukal.
Pengawasan : Semua guru SK Nuri khasnya Guru Bertugas Mingguan.
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan