SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, Januari 01, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Pengurusan PSS SK Nuri ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua warga SK Nuri dan pelayar-pelayar blog PSS SK Nuri serta tidak ketinggalan kepada semua 'kawan-kawan' PSS SK Nuri di facebook.

Semoga tahun ini pengurusan PSS SK Nuri akan lebih mantap dan akan memberi lebih kejayaan dan manfaat kepada anak didik, sekolah, masyarakat setempat seterusnya kepada daerah dan negeri naungan yang menjadi tempat SK Nuri mencipta kejayaan dan kecemerlangannya.

Semoga anda kalian tidak akan putus memberi kerjasama dan sokongan kepada PSS SK Nuri untuk terus melakar kecemerlangan yang seterusnya di peringkat kebangsaan pula. Semoga usaha kita ini dirahmati Allah.....amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails