SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Disember 29, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sembilan 2010

'Pintu Gerbang' PSS SK Nuri,Johol,NSDK

Majlis penyampaian sijil Pusat Sumber Cemerlang telah diadakan di perkarangan bangunan BTPNNS pada 28 Disember 2010.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tuan KPP BTPNNS. Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Tn. Hj. Hamzah dari JPN Negeri Sembilan, Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar, GPM dan Guru-guru daerah Port Dickson.

Berikut adalah keputusan pertandingan.

SENARAI NAMA SEKOLAH YANG BERJAYA DALAM PENTARAFAN PSS 2010

KATEGORI SEK. RENDAH LUAR BANDAR

1. SEKOLAH KEBANGSAAN NURI ( JOHAN)

2. SEK. KEB. UNDANG REMBAU (NAIB JOHAN)

3. SEK. KEB. PANCHOR ( KETIGA)


KATEGORI SEK. RENDAH BANDAR

1. SEK. KEB. KING GEORGE V ( JOHAN)

2. SEK. KEB. PUTERI ( NAIB JOHAN)

3. SEK. KEB. RAHANG ( KETIGA)


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDAR

1. SEK. MEN. KEB. KING GEORGE V ( JOHAN)

2. SEK. MEN. KEB SERI AMPANGAN ( NAIB JOHAN)

3. SEK. MEN. KEB. BUKIT KEPAYANG(KETIGA)


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR

1. SEK.MEN. KEB. AGAMA PEDAS ( JOHAN)

2. SEK. MEN. KEB. SERI PAGI ( NAIB JOHAN)

3. SEK. MEN. KEB. PALONG 2 (KETIGA)


*Tahniah dan terima kasih buat semua warga SK Nuri tanpa sokongan anda, PSS SK Nuri tiada akan bermakna & berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails