SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, November 08, 2010

PENTARAFAN PSS 2010

"Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Sekolah tuan telah berjaya memasuki Pentarafan (penilaian kedua). Lawatan pemantauan oleh BTPN NS akan diadakan pd 03Nov 2010..." Begitulah isi kandungan surat yang admin terima .

TAHNIAH ! KEPADA SEMUA WARGA SK NURI KHASNYA BARISAN PENTADBIR SEKOLAH & PENGURUSAN ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA......


Buat kali ketiga, pada tahun ini PSS SK Nuri telah terpilih untuk Pentarafan PSS Cemerlang. Pemantauan pada tahun ini telah dijalankan oleh En Mohd Asri B Yusof dari BTPN NSDK pada
03 November 2010.
Semoga pencapaian ini memberi manfaat kepada semua warga SK Nuri khasnya anak-anak didik yang tersayang...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails