SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Januari 22, 2010

PSS SK Nuri Terpilih Mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan 2010



TAHNIAH DAN TERIMA KASIH......Pada kesempatan ini, selaku penyelaras PSS SK Nuri ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH kepada semua warga SK Nuri sama pihak pentadbiran, guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta, warga kerja pengusaha kantin dan para pelajar yang disayangi.
Alhamdulllillah....Tanpa kerjasama daripada kalian tidak mungkin PSS sekolah kita terpilih mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan PSS Cemerlang peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati Allah dan dianggap sebagai ibadah kepada - Nya. Di samping itu, PSS SK Nuri akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada kalian. Seterusnya, terus melakar sejarah kecemerlangannya di masa akan datang serta terus dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Nuri khasnya anak - anak didik yang tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails